08042018 : Senyuman mampu membuat orang lain bahagia Menangis juga satu
08042018 : Senyuman mampu membuat orang lain bahagia
Ada kala senyuman mampu mengajak orang lain turut mengukir
senyuman.
Ada kala senyuman juga mampu membuat orang menangis.
Senyuman itu sedekah.
Sedekah yang paling mudah diperoleh.
Malah memetik tagline Puan Zuraini Kamal, idola CS saya,
Sharing is sedekah.
Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi sebuah cerita yang
boleh membuatkan diri ini berfikir sejenak erti kasih sayang yang dan
perkongsian perasaan.
Subahanallah
Tatkala menunggu giliran berjumpa RT, saya ternampak sepasang
suami isteri. Siisteri terkulai lesu di
kerusi roda.
Sementara si suami duduk agak
berjauhan kesaorangan di suatu sudut. Memandangkan hanya di meja beliau itu
terdapat kerusi kosong, saya mohon izin untuk duruk.
Sebagaimana manusia biasa, teguran pertama disusuli dengan
soalan-soalan lazim awal perkenalanan dengan konsep 4 wifes 1 husband.
Dipendekkan cerita, hasil dari sembang santai hari ini
membuatkan hati ini sayu bercampur gembira.
Sejuta Harapan
Sayu apabila mendengar rintihan dan keluhan si suami yang
telah setahun melayan karena isteri semenjak diagnosed cancer payudara tahap 4.
Hampir seluruh pelusuk negeri dijelajahi demi permintaan isteri tercinta untuk
berusaha perubatan alternative.
Segala macam ubat dibeli sehingga tidak terdaya si isteri
menelannya.
Berabis wang dan harta terkumpul untuk perubatan isteri demi sebuah
pengharapan.
Harapan semoga isteri kembali pulih.
Harapan semoga senyum tawa riang isteri bersama keluarga
tercinta kembali menerangi sebuah rumah tangga.
Sebagai teman yang baru dikenali di ruang legar sementara
menunggu doctor, saya turut memberi ruang telinga mendengar cerita dan rintihannya.
Positive Image
Sembang kami tidak berkesudahan lagi apabila nombor saya
telah dipanggil untuk menjalani rawatan RT.
"Ujian
akan datang bila-bila sahaja. Apa yang pasti kita tidak boleh lari daripadanya.
Lari tidak akan dapat menyelesaikan ujian, bahkan mahu atau tidak ujian yang
diberikan itu harus kita terima dengan dengan berlapang dada. Baik,
buruk, itu ujian. Bahkan inilah asam garam sebuah kehidupan.
Siapa
pula kita untuk menolah ujian allah. Tahukah bahawa ujian ini hanyalah untuk
mereka yang terpilih saja. Andai kita yang diuji, maka kita itulah hamba yang
istimewa.
Saya
yakin, kita semua pernah diuji manakan tidak, dengan ujian itulah akan
menentukan turun atau naiknya iman kita. Dengan ujian itu juga menjadi penanda
aras untuk melihat sejauh mana kebergantungan kita kepada allah."
m.s.
39 SH.
Selesai rawatan yang mengambil masa lebih
kurang 1 jam, saya dikenalkan dengan isteri beliau. Sementara sisuami ke kaunter phamarcy, saya
berkesempatan untuk meneman siisteri berkongsi perasaan sebagai pesakit. Tidak
sama untuk merasai perasaan pesakit walau kepada orang yang paling rapat dengan
kita.
"Kita
tidak akan rasa apa yang dirasa oleh yang diuji; seperti saya juga, suami atau
anak-anak tidak akan rasa apa yang saya lalui, tetapi mohonlah kepada Allah,
agar diberi kekuatan untuk melibatkan Allah dalam setiap perkara." SH
Pahala
sabar itu sangatlah besar. Seperti yang Allah swt terangkan firmanNya yang
bermaksud
Sesungguhnya
hanya orang-orang brsabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas. Surah
az. Zumar:10 msa. 18
Walau apa pun rintihannya, saya kuatkan semangat beliau dan
diri sendiri untuk menahan sebak.
Sambil memeluk, saya bisikan ke telingana
Allah tidak akan memberati
seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang
diusahakan, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Surah Al-Baqarah: 286
Menangis juga satu teraphy
Linangan air mata dikelopak tidak bisa disembunyikan terus.
Terbukti apabila bila satu pelukan antara kami, air mata beliau terus
terjurai.
Menangis lah dik. Menangislah selagi adik mampu. Menangislah sekiranya ia dapat melepaskan
sebak dan mengubat perasaan seketika.
Menangis juga merupakan satu teraphy dan menghilangkan
stress. Ada kala kita perlu mengangis
agar puas. Satu kepuasan dan sebab di
dada akan terlepas. Terlepas juga apa yang terbuku di hati. Memberikan motivasi seperti ini juga
merupakan satu proses self healing dan pada waktu yang
sama mampu menjadi pendorong untuk saya muhasabah dan membaiki kekurangan pada
diri. Dalam masa yang sama ia
dapat memotivasikan diri sendiri juga.
Subhanallah, benar-benar satu ujian. Saya mahu membantu
sekadar yang mampu.
Semoga peristiwa pagi ini menjadi satu ikhtibar dan
menguatkan semangat pasangan tersebut.
Selesai menjalani RT hari ini, saya melangkah keluar dari
IKN dengan senyuman. Senyuman yang mampu
membuat saya puas kerana mulai hari ini saya sudah boleh count dorn rawatan RT
yang ke 28.
Tinggal lagi 2 kali untuk
dijalani. Semoga Dipermudahkan.
Dalam takut ada keberanian.
Dalam sedih ada kegembiraan.
Dalam suka ada terselit duka.
Dalam mengimpikan kesihatan kembali pulih seperti sediakala,
terselit pelbagai kesakitan kesan sampingan radioteraphy.
Ya Allah…..berikan aku kekuatan untuk berjuang dan
panjangkan usiaku dalam keadaan yang sihat untuk aku lakukan kebaikan dan
ibadah.
Amin.
Ana: 9.4.2018
![]() |
| bersama Cik Jom, makcik ipar di Sg. Lang, sebelum ke IKN |


Gampang Jackpot, Terpecaya dan Lebih Mudah Untuk Menang :D
ReplyDeleteBerikut Adalah Permainan Yang Kami Sediakan :
- Togel - Sabung Ayam - Poker & Domino - Casino - Live Game - Sportbooks.
Di Depototo(titik)org, 1 Akun Untuk Semua Permainan.
BBM : D8B7652A
LINE : Depototo
WhatsApp : +855882805228