30032018 : Motivasi as Cancer Survivor
#togethertilljannah |
Mr. X yang pendiam, rupa-rupanya
Ada kala saya
berselisih jalan dengan Mr.X ini dari kaunter Pendaftaran IKN menuju ke Jabatan
Radiology. Ada kala saya lihat dia
sedang duduk sambil berkomunikasi dengan anak bujangnya menggunakan bahasa
isyarat. Ada kalanya saya lihat ia berkomunikasi dengan seorang jejaka yang turut
menggunakan alat suara di lehernya serupa yang diletakkan dilehernya. Saya
mengagak mereka adalah pesakit cancer tyroid.
Hasrat untuk
menegurnya sepertimana bila saya bertemu dengan pesakit baru yang lain tercapai
hari ini bila saya duduk sebelah beliau, kebetulah semua kerusi penuh dengan
pesakit yang menunggu giliran untuk RT.
Sebelum
ini saya pernah menegur Mr. X pada pertama kali berjumpa, beliau hanya menunjukkan dengan menggunakan isyarat tangan, yang saya interpretasikan sebagai
tekaknya sakit dan tiada suara. Subhanallah, tak terbayang betapa peritnya. Sedangkan adakalanya kita diuji dengan sakit
tekak, sorethroat, dah pelbagai ubat diambil, gula-gula fisherman friend,
breakol dll diambil. 3-4 hari menderita. Kalau semasa kerja dulu, siap ambil MC
kerana tidak boleh bercakap, terutama apabila ada tugasan memberi ceramah. Inikan
pula melihat beliau sedemikian. Sekali lagi menikmati erti syukur.
Saya
buang seketika sifat malu seorang wanita
(dengan andaian kami ni serupa sebagai pesakit yang sama-sama berjuang melawan cell
cancer dari terus merebak) dan segera mengambil tindakan pantas menegurnya
terlebih dahulu dengan senyuman. Saya tunjukkan nombor telefon saya melalui
handphone saya kepada beliau dan memberi isyarat untuk mencatatnya di
hanphone. Rupanya beliau sentiasa
memegang pen dan kertas sebagai medium untuk berkomunikasi dan menujuukkan
nombor telefon.
Kesan sampingan RT
Kemudian kami berkomunikasi melalui whatsapp sahaja. Saya juga maklumkan kepada beliau alamat
blogspot saya jika ingin mengetahui siapa saya kerana menurutnya rawatan beliau
tinggal dua kali lagi dan ada kalanya kami tidak berjumpa kerana waktu-waktu
rawatan yang berlainan.
Rata-rata dari temubual saya dengan beberapa orang yang sedang menjalani rawatan RT ini, mereka akan merasakan kesan sampingan di bahagian rawatan, warna kulit bertukar kemerahan, gatal, melecet malah ada yang muntah atau mual perut. Beliau juga memberi signal, tekak dan lehernya terlalu sakit dan perit. Kesan sampingan RT ini berbeza pada setiap pesakit. Bergantung kepada kekuatan antibody dan imunasisi masing-masing..
Rata-rata dari temubual saya dengan beberapa orang yang sedang menjalani rawatan RT ini, mereka akan merasakan kesan sampingan di bahagian rawatan, warna kulit bertukar kemerahan, gatal, melecet malah ada yang muntah atau mual perut. Beliau juga memberi signal, tekak dan lehernya terlalu sakit dan perit. Kesan sampingan RT ini berbeza pada setiap pesakit. Bergantung kepada kekuatan antibody dan imunasisi masing-masing..
Ya Allah
berikanlah kami kekuatan untuk terus berjuang melawan cel-cel cancer ini.
Kebanyakkan
pesakit wanita adalah breast cancer dan ada sebahagian kecil Rahim. Namun sehingga kini saya belum lagi bertemu
dengan pesakit yang sama seperti saya.
Subhanallah.
Semoga
kami dapat menjalankan ukhwah dan memberi sokongan antara satu sama lain,
sepertimana yang pernah saya lakukan satu ketika dulu.
WAS, GROUP WHATSAPP We Are Survivor
We Are
Survivor (WAS) nama WHATSAPP GROUP yang
saya wujudkan. Ahli terdiri daripada
cancer survivor seluruh Malaysia termasuk idola saya Zuriani Kamal.Saya sebagai
admin. Sewaktu itu masih aktif menggunakan gadget. Alhamdulillah banyak juga
kami lakukan. Walau pun kami tinggal
merata satu Malaysia, ramai yang tidak
pernah bersua muka. Tapi semangat kami dan berkongsi perasaan.
Semoga
mengalir pahala kepada yang turtu memberi sumbangan dan kutipan apabila
keluarga pesakit ditimpa musibah seperti rawatan perubahan atau berlaku
kematian.
Namun,
apabila saya diserang vertigo, dan masalah teknikal handphone, group itu
terbubar dan banyak nombor h.phone yang hilang. Hanya melalui facebook yang
boleh dibteruskan setakat ini. Kini saya
mula berhubung semula denan Puan Zuriani Kamal, motivator yang pernah saya
sebutkan sebelum ini. Melalui ffbna beliau menulis sudah bebas canser dan ada
buku ditulis.
Saya
smbung di lain slot.
Comments
Post a Comment