2903.2018 : Khatam Al-Quran

#togethertilljannah
2903.2018 : Khatam Al-Quran

Alhamdulillah buat pertama kalinya dalam hidup saya, hari ini selesai pengajian tajwid dan khatam AlQuran di hadapan Ustazah yang disayangi dan dihormati, Ustazah Kalsom bt Ngadiran.  Berkat usaha dan tunjuk ajarnya yang tidak jemu, beliau sanggup meluangkan masa untuk saya dan melayan karenah kami yang tidak menentu situasi kesihatan.

Bukan mudah di usia senja untuk menuntut ilmu. Dengan berbekalkan semangat dan ungkapan "Better late than never", semenjak dijentik dengan ujian kesakitan, saya banyak masa untuk memberi tumpuan kepada pelbagai ilmu termasuk memperbaiki tajwid pembacaan AlQuran.

Walaupun bacaan hanyalah secara murotal, tidak berlagu seperti peserta Tilawah AlQuran, Taranum Ust. Syarifah Kazif jauh sekali, namun sekurang-kurangnya saya kini lebih yakin dalam pembacaan dan mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan betul, InsyaAllah.

Terima kasih juga kepada Ust. Nor Aishah (Zainah), Datin Hasmah, Hjh. Rohani, Husniah, Kak Yenny Jailani, Mak Ani yang turut sama menjayakan misi ini semasa pembelajaran bermula di Putrajaya.

Mengaji Asas Alif Ba Ta bersama arwah ayah

Tidak lupa, kepada arwah ayahanda saya yang banyak mengajar saya mengenal Alif Ba Ta, asas pembacaan Al Quran. Sewaktu usia saya 3-6 tahun, setiap malam di rumah pusaka ShafieSukiah, saya turut belajar mengaji bersama kakak dan abang dan anak-anak arwah Hj. Mobit, iaitu Laili dan arwah Ipah.

Teringat kadang kala semasa elektrik black out, kami belajar bersinarkan.  Kenakalan alam kanak-kanak mengingatkan betapa panik ketika api dian melalui lidi yang digunakan untuk menunjuk huruf bacaan hampir menyebabkan Mukadam terbakar terkena percikan api. Semua tinggal kenangan. 

Untuk arwah ayahanda Shafie bin Kusnan yang telah meninggal dunia  pagd18.5.1983 kerana kemalangan jalan raya, semoga arwah ditempatkan di kalangan para solihin.
Al Fatehah.


InsyaAllah Majlis Khatam AlQuran akan diadakan pada 21 April 2018 sekaligus sambil meraikana Majlis Menyambut menantu.  Kepada pembaca, doakan semua perancangan dipermudahkan.  Amin


Ana: 29.3.2018

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang