Posts

Showing posts from March, 2018

31032018 : Muasabah Diri Bila Guest Tidak Berintegriti

Image
31032018 :  Pengajaran disebalik Guest Tidak Berintegriti Pernah saya katakan rumah kami di Putrajaya di jadiman homestay. Alhamdulillah setakat ini mendapat respond positif dan hampir setiap minggu ada guest. Pada kedua-dua hari hujung minggu ini ada guest yang begitu baik dan banyak ilmu yang kami perolehinya bila berurusan dengan mereka. Guest pertama menyewa untuk majlis Family Dar.  Memang cukup bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Walaupun kami tidak mempunyai butiran peribadi yang lengkap selain daripada gambar-gambar dan nombor telefon sahaja (kerana guest ini walk in) namun beberapa kejadian termasuk berlaku kerosakan dan pecah pinggan, beliau bersetuju untuk membuat gantian walaupun telah check-out.  Alhamdulillah kalaulah ramai rakyat Malaysia begini, tentu aman damai ye. Guest kedua pula mengadakan reU teman-teman perekolahan.  Alhamdulillah majlis tahlil turut diadakan di samping BBQ.  Apa yang kami pelajari di sini ialah disebabkan nila s

30032018 : Motivasi as Cancer Survivor

Image
#togethertilljannah 30032018 :  Motivasi as Cancer Survivor Mr. X yang pendiam, rupa-rupanya Ada kala saya berselisih jalan dengan Mr.X ini dari kaunter Pendaftaran IKN menuju ke Jabatan Radiology.   Ada kala saya lihat dia sedang duduk sambil berkomunikasi dengan anak bujangnya menggunakan bahasa isyarat. Ada kalanya saya lihat ia berkomunikasi dengan seorang jejaka yang turut menggunakan alat suara di lehernya serupa yang diletakkan dilehernya. Saya mengagak mereka adalah pesakit cancer tyroid. Hasrat untuk menegurnya sepertimana bila saya bertemu dengan pesakit baru yang lain tercapai hari ini bila saya duduk sebelah beliau, kebetulah semua kerusi penuh dengan pesakit yang menunggu giliran untuk RT. Sebelum ini saya pernah menegur Mr. X pada pertama kali berjumpa, beliau hanya menunjukkan dengan menggunakan isyarat tangan, yang saya interpretasikan sebagai tekaknya sakit dan tiada suara. Subhanallah, tak terbayang betapa peritnya.   Sedangkan adakalanya kita diuj

2903.2018 : Khatam Al-Quran

Image
#togethertilljannah 2903.2018 : Khatam Al-Quran Alhamdulillah buat pertama kalinya dalam hidup saya, hari ini selesai pengajian tajwid dan khatam AlQuran di hadapan Ustazah yang disayangi dan dihormati, Ustazah Kalsom bt Ngadiran.  Berkat usaha dan tunjuk ajarnya yang tidak jemu, beliau sanggup meluangkan masa untuk saya dan melayan karenah kami yang tidak menentu situasi kesihatan. Bukan mudah di usia senja untuk menuntut ilmu. Dengan berbekalkan semangat dan ungkapan "Better late than never", semenjak dijentik dengan ujian kesakitan, saya banyak masa untuk memberi tumpuan kepada pelbagai ilmu termasuk memperbaiki tajwid pembacaan AlQuran. Walaupun bacaan hanyalah secara murotal, tidak berlagu seperti peserta Tilawah AlQuran, Taranum Ust. Syarifah Kazif jauh sekali, namun sekurang-kurangnya saya kini lebih yakin dalam pembacaan dan mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan betul, InsyaAllah. Terima kasih juga kepada Ust. Nor Aishah (Zainah), Datin Hasmah, Hjh. Rohani,

28012018 : Dr. Karthik yang sporting

Image
#togethertilljannah 28012018 : Dr. Karthik yang sporting Appointment hospital hari ini melibatkan pagi di IKN dan petang di Hospital Putrajaya.  Memang agak meletihkan. Kalau ikutkan hati memang agak berat kaki untuk menemui Dr.Karthik di Hospital Putrajaya petang ini kerana terlalu letih. Mungkin kesan ubat dari IKN. Oleh itu memandangkan Liyana ada kelas memandu di bangi, kami lunch di luar sahaja. Foodcourt di Presint 8 menjadi pilihan untuk lunch kami kali ini. Satu-satunya foodcourt yang satu masa dahulu begitu ramai pengunjungnya.  Bak kata salah seorang peniaga disitu, sewa bulanan dahulu RM4000 tapi kini hanya RM1000 bersesuaian dengan pengunjungnya kerana terlalu banyak saingan foodcourt sekitar Putrajaya. Kebetulan berjumpa dengan mantan PA lama MJJ, Yati yang kini bertugas di BHEU, JPM.  Takziah untuk Yati kerana suaminya baru meninggal dunia dua bulan lalu kerana mengidap kanser lidah.  Innalahiwainnalirojiun, baru beberapa bulan dimaklumkan MJJ berjumpa dengan a

27032018 : Wajah-wajah GenF yang ceria

Image
#togethertilljannah 27032018 : Wajah-wajah GenF yang ceria Seperti biasa, setiap petang terutama hujung minggu, halaman rumah kami sentiasa dipenuhi oleh kanak-kanak.  Anak-anak jiran yang sentiasa riang, belum mengerti masalah dunia, dapat memberi aura positif dalam kehidupan. Sempat juga bergambar dengan mereka yang comel, cute dan celoteh dan turut menjadi penghibur dipetang hari menjelangnya maghrib. Credit untuk Yanti, Mastura dan Niza pinjam anak-anak bermain. :) lagi foto seminggu kemudian

26.3.18: My new WAS RT gang

Image
My new WAS (We Are Surviver)  RT gang di IKN Putrajaya: Semoga kami terus diberi kekuatan dalam perjuangan ini.

25032018 : Perbincangan Meja Bulat Santai dengan RZ Canopy dan Caterer : still updating

Image
25032018 :  Perbincangan Meja Bulat Santai dengan RZ Canopy dan Caterer

24.3.18: Majlis Bersanding Rumah Mbah Hermantino

Image
#togethertilljannah 24.3.2018: Majlis Bersanding Rumah Mbah Hermantino TEMA JOWO. almaklumlah cucu saudara Hermantino. Picture speaks thousand word. Alhamdulillah lagi gambar-gambar boleh diperolehi dari album Raikan Cinta Hazim&Ameera di fb saya.

23.3.18: Majlis Berinai Tanjung Karang

Image
#togethertilljannah 23.3.2018: Majlis Berinai Tanjung Karang Alhamdulliah, selesai Majlis Berinai Hazim&Ameera di rumah Mbahnya di Tg.Karang.