28012018 : Dr. Karthik yang sporting

#togethertilljannah
28012018 : Dr. Karthik yang sporting

Appointment hospital hari ini melibatkan pagi di IKN dan petang di Hospital Putrajaya.  Memang agak meletihkan. Kalau ikutkan hati memang agak berat kaki untuk menemui Dr.Karthik di Hospital Putrajaya petang ini kerana terlalu letih. Mungkin kesan ubat dari IKN.

Oleh itu memandangkan Liyana ada kelas memandu di bangi, kami lunch di luar sahaja. Foodcourt di Presint 8 menjadi pilihan untuk lunch kami kali ini. Satu-satunya foodcourt yang satu masa dahulu begitu ramai pengunjungnya.  Bak kata salah seorang peniaga disitu, sewa bulanan dahulu RM4000 tapi kini hanya RM1000 bersesuaian dengan pengunjungnya kerana terlalu banyak saingan foodcourt sekitar Putrajaya.

Kebetulan berjumpa dengan mantan PA lama MJJ, Yati yang kini bertugas di BHEU, JPM.  Takziah untuk Yati kerana suaminya baru meninggal dunia dua bulan lalu kerana mengidap kanser lidah. 

Innalahiwainnalirojiun, baru beberapa bulan dimaklumkan MJJ berjumpa dengan arwah, kini sudah kembali kepada penciptaNya.   Syukur padaMu ya Allah, kami masih mampu mengecapi nikmat duniawi untuk terus membuat persiapan akhirat kelak. 



Bertemu Dr.Kartik untuk berkongsi perasaan sebagai pesakit dan doktor.  Kata-kata semangat terus diberi dan sempat juga saya menjemput beliau ke Majlis Walimatulurus di Villa MJJana.  InsyaAllah kalau beliau datang, bolehlah saya kenalkan dengan keluarga dan akan berwefie, sebab tadi tidak sempat berwefie lagipun di hospital, kawasan larangan bergambar. :)




Putrajaya mula dipenuhi dengna kibaran bendera menjelangnya PRU ke 13
ana: 28.3.2018

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang