31032018 : Muasabah Diri Bila Guest Tidak Berintegriti





31032018 : Pengajaran disebalik Guest Tidak Berintegriti

Pernah saya katakan rumah kami di Putrajaya di jadiman homestay.
Alhamdulillah setakat ini mendapat respond positif dan hampir setiap minggu ada guest.

Pada kedua-dua hari hujung minggu ini ada guest yang begitu baik dan banyak ilmu yang kami perolehinya bila berurusan dengan mereka.

Guest pertama menyewa untuk majlis Family Dar.  Memang cukup bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Walaupun kami tidak mempunyai butiran peribadi yang lengkap selain daripada gambar-gambar dan nombor telefon sahaja (kerana guest ini walk in) namun beberapa kejadian termasuk berlaku kerosakan dan pecah pinggan, beliau bersetuju untuk membuat gantian walaupun telah check-out.  Alhamdulillah kalaulah ramai rakyat Malaysia begini, tentu aman damai ye.

Guest kedua pula mengadakan reU teman-teman perekolahan.  Alhamdulillah majlis tahlil turut diadakan di samping BBQ. 

Apa yang kami pelajari di sini ialah disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.  Namun penganjur atas dasar kebertanggungjawapan, selaku ketua beliau telah menggalas risiko yang dilakukan oleh anak buahnya yang tidak berintegrititi.
Kejadian ini boleh dijadikan teladan pada operator Homestay bagi diri sendiri,keluarga dan perniagaan di masa akan datang.

Dibawah adalah antara text yang dilakukan oleh Operator Homestay dengan Ketua guest Palmira Homestay untuk kita sama-sama ambil ikhtibar.


Assalamualaikum wbt

Penyewa Palmira Homestay bertarikh ….}

1.         Terima kasih kerana memilih Palmira Homestay sebagai lokasi penginapan di Putrajaya.

2.         Kami yakin tuan telah berpuashati dengan perkhidmatan yang kami sediakan.

3.         Kami juga berterima kasih kerana tuan dan kumpulan telah mengadakan tahlil di Palmira Homestay.  Namun mungkin keadaan kumpulan yang terlalu ramai dan kali pertama berlaku sepanjang kami beroperasi, telah berlaku beberapa perkara yang di luar kawalan.

4.         Laporan daripada Hse cleaning department mendapati beberapa kemudahan yang disediakan telah rosak dan melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan di dalam Palmira Homestay Inforpack Rules & Regulation yang dihantar melalui whatsapp pada tuan 26 Mac 2018. iaitu Klausa 3 (b)
The security deposit will be refundable in full only if no damages has been done and/or loss during guests’ stay.

Untuk makluman tuan, terdapat dua item terbabit iaitu 👇

1. kemudahan saluran kepala paip bilik air Bilik Obsidion (Level 3) di dapati rosak/ patah / tercabut.
Salah seorang penyewa ada memaklumkan untuk membaiki kerosakan paip ini kepada Tuan Rumah sebelum check-out tetapi tidak dilakukan.

2.         Cerek letrik merah jenama Morphy Richards terbakar dan rosak (mungkin ini punca drip tempoh hari)

Terdapat sebuah cerek letrik yang baharu, namun jenamanya tidak sama, mungkin diletakkan sebagai menggantikan cerek yang hangus itu. 

Apa yang amat dikesali ialah mungkin ada ahli kumpulan yang kurang  berintegriti dengan menyorokan cerek yang telah rosak itu di dalam cabinet belakang.

Suhubungan itu, pihak pengurusan Palmira Homestay tidak akan memulangkan deposit …. yang dibank ini sebelum ini malah kami menghendaki pihak tuan membuat pembayaran kos penggantian untuk pembetulan kepala paip RM150 dan cerek letrik RM359. Kesemua berjumlah RM509 ditolak dengan deposit RM100. Sila transfer atau bank in RM409 kepada akaun di bawah dengan kadar segera:


Kerjasama tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Marketing Division.:

Jawapan yang diterima ialah:

Waalaikumsalam wbt,

Pertama sekali sy ingin nyatakan program kami di Palmira Homestay adalah pilihan yg bijak dipihak kami.

Segala aturcara tahlil, bbq berjalan dgn jayanya, dan pd hemat sy tanpa menimbulkan apa² masalah.  Sila maklumkan perkara apa yg berlaku di luar kawalan.

Berkenaan kepala paip rosak, salah seorg ahli yg menginap (tidak semua menginap di Palmira, ramai yg pulang selepas bbq) telah tidak sengaja terpatahkan paip pd sebelah pagi esoknya.  Beliau telah membeli paip utk mengganti, tetapi tidak mempunyai cukup peralatan utk mengganti.  Barang yg dibeli ada ditinggalkan.

Berkenaan cerek letrik pula, juga disebelah pagi, salah seorang ahli kami yg menginap telah cuba masak air menggunakan kettle/cerek diatas api.  Itu sebab dia terbakar dibawah. (Ini bukan punca trip, kami tidak tahu punca trip). Atas kesalahan itu, ahli ini telah pegi membeli cerek baru sbg ganti.  Sy tidak rasa ahli ini tidak berintegriti kerana dia mmg telah maklumkan pd ahli² yg lain ttg tujuan dia utk menggantikan yg rosak.  Mungkin jenama shj yg berbeza.

Pun begitu, sy mohon maaf bagi pihak ahli² sy, yg pd hemat sy semua berlaku bukanlah disebabkan diluar kawalan, tetapi tidak disengajakan.  Sy bersedia utk membayar kos gantirugi spt yg diminta.
Harga kepala paip RM150, dan cerek letrik morphy Richard. Cerek yg ahli sy beli sbg ganti, sy tinggalkan di Palmira utk kegunaan pihak Puan.

Terima kasih.


Isu Integriti
Maksud saya yg dimaksudkan "ahli kurang berintegriti" ialah kerana, beliau telah menyorokkan cerek yg rosak itu didalam kabinet luar sebelah washing machine sehingga menyebabkan hse keeping menggeledah byk tempat mencari cerek tu, dan mengesyaki ianya disorokkan didlm kabinet bertutup kerana wirenya disebelah mesin basuh.
Sewajarnya kalau sudah berlaku kesalahan yg tidak disengajakan, just maklum dan letak sebelah cerek gantian jer. Tak susah mana pun.😉

Sekadar untuk ingatan kita semua kerana hse keeping adalah kalangan pelajar baru SPM, generasi muda .


Dan ini pula jawapan beliau

Wasalam
Sekali lagi, bagi pihak ahli² sy yg lain, sy mohon maaf jika ada timbul perasaan sebegitu. Jika digelar 'tidak berintegriti', dirasakan betul dipihak Puan, sy tidak mahu memanjangkan isu ini lagi.  Sy tidak ada dipagi itu, tapi sy yakin ada penjelasan yg munasabah.  Sy akan transfer duit cerek elektrik + paip dgn penuh (ditolak deposit

Sekali lagi, sy mohon maaf dan kesal atas apa yg berlaku

Ye, t.kasih. dan maaf juga dari saya b.p pihak Palmira Homestay.
Semoga ianya jadi ikhtibar untuk kita semua.
Walaupun sesetengah org menganggap ia agak remeh, just think positif. Tqsm.

Alhamdulillah, perkara ini telah pun selesai dengan baik.

Pengajarannya:

Think positif, dan tidak semua orang tidak berintegriti
Jangan letakkan kemudahan barangan yang berjenama atau unfriendly di Homestay
Bila kita berprasangka baik, orang pun akan bersikap baik pada kita. Tapi ingat, tidak  semua.

Ana: 31.3.2018





Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang