27022018 : RT again...Ya Allah berikanku kekuatan
27022018 : RT again...Ya Allah berikanku kekuatan
Hari pertama mengulangi sesi radiotherapy
untuk 30 cycle. Sesi dimulakan dengan mendapat nasihat pakar dari doctor di
IKN. Beliau menasihatkan agar mengurangkan makanan berserat seperti
buah-buahan, sayur-sayuran dan susu serta gula sepanjang tempoh rawatan.
Menurutnya mungkin ada kesan sampingan seperti diarrhea,muntah, luka dalaman, pening dan
pelbagai kemungkinan kesan sampingan.
Apabila diacukan beberapa soalan termasuk
kesakitan didada dan persekitaran bahu samada disebabkan titik sebesar 0.2cm di
paru-paru dan tulang dada, beliau tidak menasihatkan untuk terus melakukan
ctscan lagi, mungkin selepas selesai rawatan radioteraphy ini untuk mengelakkan
terlalu banyak sinaran radioaktif dalam badan yang turut akan memberi kesan
negative pada kesihatan.
Subhanallah semoga saya terus diberi
kekuatan. Ya Allah hindarilah saya dari penyakit-penyakit yang berbahaya dan
berterusan sakit begini.
Semoga saya terus diberi kekuatan dan terus selamat menjalani radioteraphy sehingga penghujung April ini. Amin
Comments
Post a Comment