19022018 : Bila Sakit Dada Menyerang
#togethertilljannah #mjjana ( di majlis perkahwinan anak Razali (Nang), dua pupu MJJ) |
19022018 :
Bila sakit dada menyerang
Sepanjang hari ini fikiran banyak melayang ke
laut.
Sepagi meneman Habibah dan Hapipah ke
hospital, checkup bulanan. Kebetulan
pula saya ingin melakukan ecg kerana sudah hampir dua hari terasa dada ini
berbisa dan menusuk-nusuk. Walau
bagaimanapun hasil ecg adalah normal dimana tiada sebarang symptom sakit
jantung.
Kalau dah bukan sakit jantung, kenapa masih berbisa seumpama jarum menusuk di antara dada dan tulang belakang. Subhanallah hanya kepadaMu saya memohon agar dihilangkan segala kesakitan.
Sambil menunggu di Hospital Banting, sempat
bersembang dengan Shahidah yang kebetulan ingin berjumpa doctor atas masalah
telinga.
Sampai ke tengahari, Alhamdulillah MJJ ada
menemani.
Kalau dulu kerap mendapat rawatan di Klinik
atau Hospital Putrajaya. Memang diakui
tahap kesabaran pesakit boleh dibendung dengan layanan elit yang begitu selesa
dengan kemudahan logistic yang bagus termasuk pendingin hawa.
Melihat keadaan sekeliling, Alhamdulillah masih perlu ada kesyukuran. Sementara itu pada petangnya saya mendapatkan rawatan di dentist di hospital Banting. Satu pujian kepada hospital kerajaan kerana kini boleh mendapat rawatan terus walaupun untuk satu rawatan sahaja.

Comments
Post a Comment