Posts

Showing posts from February, 2018

28022018 : Hazim dan Hafiz PAC PTD

Image
#togethertilljannah 28022018 : Hazim dan Hafiz PAC PTD Sepetang mendengar post-mortem daripada Hazim Ikhwan dan Hafiz Afandi tentang pengalamannya menghadiri PAC.   Alhamdulillah kedua-duanya selamat menjalani PAC di Angkasapuri dan Infra. Semoga segala usaha dan penat lelahnya membuat persediakannya berbaloi untuk menjawat jawatan PTD. Antara format yang boleh dikongsi semasa public speaking, daripada Hafiz ialah:- Kenalkan nama panggilan dan nombor badan 1) intro - maksud - peribahasa/kata2 - contoh - "tahukah anda ....." -"cuba kita bayangkan......" 2) isi (isu & cabaran/challenges) -kaitkann dgn TN50.   Xkisah apa2 isi pun ckp je.   "... Adalah salah 1 drpd komponen yg diketengahkan dlm TN50" 3) isi (cara atasi & solusion) -bg contoh atau pengalaman dr diri sendiri 4) penutup (harapan) - bg perumpamaan mcm karam sing walia tu. Sekian dari saya..  

27022018 : RT again...Ya Allah berikanku kekuatan

Image
27022018 : RT again...Ya Allah berikanku kekuatan Hari pertama mengulangi sesi radiotherapy untuk 30 cycle. Sesi dimulakan dengan mendapat nasihat pakar dari doctor di IKN. Beliau menasihatkan agar mengurangkan makanan berserat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan susu serta gula sepanjang tempoh rawatan. Menurutnya mungkin ada kesan sampingan seperti diarrhea,muntah, luka dalaman, pening dan pelbagai kemungkinan kesan sampingan. Apabila diacukan beberapa soalan termasuk kesakitan didada dan persekitaran bahu samada disebabkan titik sebesar 0.2cm di paru-paru dan tulang dada, beliau tidak menasihatkan untuk terus melakukan ctscan lagi, mungkin selepas selesai rawatan radioteraphy ini untuk mengelakkan terlalu banyak sinaran radioaktif dalam badan yang turut akan memberi kesan negative pada kesihatan. Subhanallah semoga saya terus diberi kekuatan. Ya Allah hindarilah saya dari penyakit-penyakit yang berbahaya dan berterusan sakit begini.   Semoga saya terus

26022018 : Pasangan yang begitu istimewa buat saya

Image
#togethertilljannah #mjjana (wedding anak Dato Sri Jamidah & Datin Radhiah - Puspanitapuri) 26022018 :   Pasangan yang begitu istimewa buat saya Sebelum meneruskan rawatan radioteraphy yang akan bermula esok, saya meneruskan penganian tajwid bersama ustazah Umi kalsom hari ini.  Syukur dapat berkongsi cerita beliau dan suami yang wajahnya terpapar di akhbar STAR semalam. Sepasang suami isteri yang pernah satu masa begitu aktif dengan pelbagai persatuan, Majlis Belia Selangor dan Ustazah dengan aktiviti agamanya. Abg. Ramli aktif dalam belia Selangor sesuai dengan jawatannya sebagai setiausaha MBS dan ustazah Umi Kalsom sebagai PM kawasan Parlimen Selayang. Banyak input berkaitan kesabaran, kesyukuran dan ilmu agama yang saya belajar dari Ustazah Kalsom Ngadiran termasuk memperbaiki tajwid dan tadarus.  Syukur saya dipertemukan dengan orang seperti beliau yang turut banyak memberi semangat dan kekuatan dalaman diri. Pengidap sakit 1 dalam 20000 begitu kuat menghadap

25022018 : Ujian Allah mengikut kamampuan hambaNya

Image
#togethertilljannah #mjjana ( di wedding anak Cikgu Tugiah di Kanchong Darat ) 25022018 : Ujian Allah mengikut kamampuan hambaNya Pertemuan seketika dengan Ana yang tidak diduga sekembalinya daripada majlis Perkahwinan anak Laili di Sg. Rasah Kelang,amat mengejutkan.   Seorang wanita yang pernah saya lihat begitu periang, mesra, ceria dan cantik pernah saya temui 10 tahun lalu ketika melahirkan puteri sulungnya.   Kini puteri tunggalnya telah meningkat remaja, cantik seperti mummynya.  Namun Ana, dilanda satu ujian sakit pelik. Satu hari dengan izinNya, Insyaallah saya akan menemuinya untuk bersembang lebih lama dan memberikan kata-kata semangat.   Insyaallah dengan kekuatan Ana akan sembuh dan semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk terus menikmati keindaah bersama keluarga tercinta.

24022018 : Pedestrian kulon

Image
#togethertilljannah 24022018 : pedestarian kulon Teringat kata-kata BFF, Shida “orang Melayu kalau buat rumah mana ada siap 100%.   Ada sahaja tambahan dan pindaan.”    Begitu juga rumah kami. Berdasarkan sudut herba di taman sebelah wet kitchen, datang ide untuk melebarkan ruangan rumput carpet taman herba ke sebelah kulon rumah. Ini akan memudahkan lagi tugasan pembersihan taman.  Maklumlah sebelum ini kawasan itu ditinggalkan sedikit ruangan tanah untuk tanaman, namun ia agak kurang kemas dan sukar   untuk tawaf keliling rumah terutama apabila daun tingkap bilik dan surau terbuka luas. So kami telah meminta khidmat kepakaran salah seorang kontraktor yang pernah membantu membuat landscape di rumah kami untuk membina satu lepakan simen di kawasan itu.  Dan inilah hasilnya. InsyaAllah semoga dapat memudahkan urusan penyiraman tanaman pokok-pokok ciku, nona, melinjau dan barisan limau-limau dan berry. Di sebelah petang pula sekali lagi bersama Along ke masjid

23.2.18: Ongoing preparation

Image
#togethertilljannah #mjjana (2016: di surau Taman SPPK Segambut) 23022018 : ongoing preparation, shopping di deluxe sg. manggis

22022018 : Usaha Remaja Demi Kelangsungan Diri - STILL UPDATING

22022018 : Usaha Remaja Demi Kelangsungan Diri

21022018 : House Keeping Service

Image
#togethertilljannah 21022018 : House keeping service Semenjak Palmira Homestay beroperasi, kami banyak mendapat sokongan daripada En. Sharol n the team.  Ini juga hasil gigih anak-anak, Syafiq, Hafiz, Hazim dan Liyana.  Sekurang-kurangnya dapat mereka jadikan aktiviti ini dalam  pembelajaran dalam bidang komunikasi, negotiation dengan guest dan menguji nilai-nilai kesabaran apabila berhadapan dengan pelbagai karenah guest dsb. En. Helmi, house keeping 

20022018 : Hot Air Balloon di Villa MJJana

Image
#togethertilljannah #mjjana 20.2.18: Hot Air Balloon di Villa MJJana 3in1. 1.      Kids Leasure corner 2.      Teraphy & keceriaan 3.      Hobby n make full use of the space Tq Liyana Syazwani.

19022018 : Bila Sakit Dada Menyerang

Image
#togethertilljannah #mjjana ( di majlis perkahwinan anak Razali (Nang), dua pupu MJJ) 19022018 : Bila sakit dada menyerang Sepanjang hari ini fikiran banyak melayang ke laut. Sepagi meneman Habibah dan Hapipah ke hospital, checkup bulanan.   Kebetulan pula saya ingin melakukan ecg kerana sudah hampir dua hari terasa dada ini berbisa dan menusuk-nusuk.   Walau bagaimanapun hasil ecg adalah normal dimana tiada sebarang symptom sakit jantung. Kalau dah bukan sakit jantung, kenapa masih berbisa seumpama jarum menusuk di antara dada dan tulang belakang. Subhanallah hanya kepadaMu saya memohon agar dihilangkan segala kesakitan. Sambil menunggu di Hospital Banting, sempat bersembang dengan Shahidah yang kebetulan ingin berjumpa doctor atas masalah telinga. Sampai ke tengahari, Alhamdulillah MJJ ada menemani.   Kalau dulu kerap mendapat rawatan di Klinik atau Hospital Putrajaya.   Memang diakui tahap kesabaran pesakit boleh dibendung dengan layanan elit yang

18022018 : B17 vs auragold

Image
#togethertilljannah #mjjana (2013 : UKAS Family Day - P.Pinang) 18022018 : B17 vs auragold Semalam berkesempatan menemani MJJ ber alumni SKKE dan berjumpa beberapa kawan lama semasa di usia remaja.  Salah seorang teman ketika remaja ialah Jaliah Ramli dan beberapa orang lagi. Sempat juga kami bersembang tentang Aura Gold, garam mandian as syifa aura 769 yang dikatakan mampu mengembalikan aura positif melalui beberapa bacaan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca sendiri. Atas saranan  beliau, saya menjemputnya datang ke rumah.  Di awal pagi lagi adik beliau pula yang datang ke rumah. Mungkin Jaliah sudah balik ke Perak. Memandangkan suplement ini berupa rendaman garam dan semburan beberapa air yang dikatakan akan meni bulkan aura positif, saya akan mencuba InsyaAllah. Sekadar untuk perkongsian. Di sebelah petangnya sempat kami bersilatulrahim ke rumah sepupu, Buden bin Khairin di Jenjarom