26022018 : Pasangan yang begitu istimewa buat saya
#togethertilljannah #mjjana (wedding anak Dato Sri Jamidah & Datin Radhiah - Puspanitapuri) |
26022018 : Pasangan
yang begitu istimewa buat saya
Sebelum meneruskan rawatan radioteraphy yang
akan bermula esok, saya meneruskan penganian tajwid bersama ustazah Umi kalsom
hari ini. Syukur dapat berkongsi cerita
beliau dan suami yang wajahnya terpapar di akhbar STAR semalam.
Sepasang suami isteri yang pernah satu masa begitu aktif dengan pelbagai
persatuan, Majlis Belia Selangor dan Ustazah dengan aktiviti agamanya. Abg.
Ramli aktif dalam belia Selangor sesuai dengan jawatannya sebagai setiausaha
MBS dan ustazah Umi Kalsom sebagai PM kawasan Parlimen Selayang. Banyak input
berkaitan kesabaran, kesyukuran dan ilmu agama yang saya belajar dari Ustazah
Kalsom Ngadiran termasuk memperbaiki tajwid dan tadarus. Syukur saya dipertemukan dengan orang seperti
beliau yang turut banyak memberi semangat dan kekuatan dalaman diri. Pengidap sakit 1 dalam 20000 begitu kuat menghadapi sejenis penyakit 1 dalam 20000 iaitu Myasthenia gravid. MG terjadi kerana terputusnya komunikasi antara saraf dan otot
Comments
Post a Comment