30012018: Nona Zara di rumah besan
#togethertilljannah |
Selepas 5 bulan berkunjung ke Jerteh, semalam sempat kami, MJJ, Hafiz
dan Liyana singgah menziarahi besan di Jerteh.
Alhamdulillah seperti biasa, kunjungan kami disambut dengan senyuman
kegembiraan sepasang besan. Dr Sapiah
yang tidak lekang dan tidak boleh dipisahkan dengan senyuman dan gelak
keramatnya. Dalam hidup saya, beliau merupakan orang pertama yang saya jumpa
mempunyai karaktor yang sentiasa ceria apabila bersama tetamu dan pelanggan
tentunya serta kata-kata motivasi keramatnya.
Tidak hairanlah beliau dapat mengekalkan pelanggan tetapnya di Dr.Sapiah
Medical Center Jerteh yang sentiasa setia dan ini merupakan salah satu factor
beliau masih bertahan meneruskan kerjayanya.
Saya juga merasakan senyuman keramat beliau juga yang pernah menyimpul
ikatan cinta Dr. Zahari, suami beliau yang begitu (sempoi). Sempoi di sini bermaksud, walaupun pernah manyandang
jawatan sebagai mantan Pengarah di Hospital Pasir Putih, beliau gamble
meletakkan jawatan dan berkongsi perniagaan bersama Dr. Sapiah membuka klinik
bersama. Mungkin antara lain sebab ialah
ingin lebih berdikari dan membahagi masa sendiri kerana minat beliau juga ialah
membina rumah sendiri. Semenjak
mengenali beliau, saya sungguh kagum dengan perwatakan mereka, harta dicari
seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi, namun ilmu akhirat tidak dilupa. Walau pun mempunyai minat yang sama di bidang
kerjaya, namun waktu lapang dipenuhi dengan hobi riadah berkebun di sekeliling rumah
dan bertukang. Mungkin ianya dijadikan sebagai teraphy diri dan salah satu
kepuasan dalam hidup.
Saya tinggalkan dahulu kisah mereka, kerana itu hanyalah pandangan
peribadi saya.
Kedatangan kami juga tidak pernah lekang dengan hidangan pelbagai juadah
hasil tangan Dr. Zahari dan Dr. Sapiah serta air istimewa resepi Firdaus.
Hasil tangan masakan mereka biasanya simple, fresh from oven dan
kombinasi kepelbagaian menu. Teringat
kata-kata Dr.Zahari, makanlah apa sahaja rezeki pemberian Allah yang penting
fresh. Apa tidaknya, kebanyakan bahan
mentah hanya dibeli/diperoleh sebelum memasak bagi mengekalkan kesegaran,
jarang disimpan di peti sejuk atau dienapka.
Saya diberitahu antara factor sedemikian rupa, beliau suka ke pasar
setiap hari sekembalinya dari klinik disamping berjumpa peniaga yang
kebanyakannya juga pelanggan tetap beliau.
Sementara itu, kebanyakan sayur-sayuran segar dari ladang sekeliling
rumah hasil rekaan dan ilham binaan sendiri.
Setelah bersembang beberapa isu semasa dan urusan kekeluargaan, kami
meneruskan perjalanan ke Kuala Krai untuk ke rumah sewa anak menantu. Kami
tidak dapat bermalam disitu seperti kunjungan-kunjungan sebelum ini, kerana kekangan
mengikut jadual Hafiz, pilot utama kami sepanjang percutian kali ini yang bercuti
hanya seminggu.
Kami dibekalkan giant lemon dan buah durian belanda kegemaran saya.
Sempat juga melawat pokok nona Zara yang MJJ tanam sempena kelahiran
Zara pada 8.10.2017. Alhamdulillah
tumbuh segar sebugar mek Zara.
Teringat semasa kelahiran Zara Zamri, MJJ, Hazim dan saya menziarahi
rumah besan. Namun selepas majlis
tahniq, MJJ dan Hazim terpaksa balik ke Putrajaya kerana tuntutan kerja
Hazim. Memandangkan tarikh hari Raya
Korban hampir menjelang sewaktu itu untuk majlis cukur jambul, saya bersetuju
untuk tinggal di Jerteh bersama keluarga besan.
Tiga Minggu tinggal bersama keluarga besan. Selain mengenali besan dan
keluarga terdekat dengan lebih rapat secara praktikal, pergaulan harian yg
begitu bermakna turut mengajar saya beberapa perkongsian hidup. Sedikit sebanyak dapat bertukar-tukar
pendapat dan mempelajari
1. Pengisian kehidupan di hari tua setelah mengharungi susahpayah
membina keluarga diawal usia dan kini menghadapi ujian hidup bersama karenah
anak2 dan cucu2 masing2.
Alhamdulillah perkenalan melalui perkahwinan anak2 dari lima negeri
(Johor, Kelantan, Terengganu, selangor, w.p) menguatkan ikatan tali
persaudaraan kita sesama Islam. Semoga ikatan kekeluargaan dan kasihsayang yg
wujud ini menjadi titik permulaan dan teladan anak2 khususnya Zamri dan Hakimah
dalam membina keluarga mereka hingga ke anak cucu meneruskan zuriat kami.
2. Bersyukur atas apa kurniaanNya disamping terus berusaha mendidik dan
memberi contoh yg baik kepada anak2, menantu dan cucu kaedah humanity yg
semakin pudar di era digital sekarang.
3. Mempelajari tips2 masakan yg sedap2 mengikut style masing2 dan
mengadaptasi pelbagai menu makanan untuk dinikmati.
Sejujurnya pada peringkat awal, saya berasa agak segan tinggal serumah
bersama keluarga yang hanya dikenali
secara fizikal melalui ikatan perkahwinan, namun perasaan tersebut
lenyap w.pun adakalanya wujud perbezaan dan corak budaya, namun ia dapat
diatasi dengan layanan dan hospitality yg begitu baik, menjadikan ada kalanya
saya terharu dilayan lebih drpd tetamu. Ada kalanya selesa seperti keluarga
sendiri.
Alhamdulillah juga menantu memahami situasi kita dengan memberi
kebenaran isteri dan anak-anak berpantang di rumah saya buat beberapa hari
untuk bermesra bersama keluarga kita sambil merasai menjaga Ammar dan Zara.
Semoga segala nasihat kepakaran, teraphy diri yang disyorkan dapat
menguatkan semangat dan kekuatan dalam mengharungi karenah anak cucu dan
kehidupan masa hadapan.
Semoga kita terus muhasabah diri
dan diberi kesempatan panjang umur untuk terus membuat kebaikan dan ibadat bagi
persiapan masa depan masing-masing.
Waima apapun, didoakan kita dapat terus menyimpul mati ikatan ukhwah
kekeluargaan ini demi kelangsungan hidup dan masa depan anak cucu dalam membina
keluarga yg lebih cemerlang di dunia dan akhirat, mewujudkan keluarga bahagia,
keluarga sakinah dan mawardah, dengan izinNya, InsyaAllah.
Tak terbalas rasanya budi mereka dan hanya Allah swt yg dapat
membalasnya.
hasil tanaman Dr. Zahari |
Comments
Post a Comment