29012018: UiTM Dungun menggamit kenangan
29012018: UiTM Dungun menggamit kenangan
Terengganu mengembalikan nostalgia tahun
1981. Setahun berstatus pelajar di UiTM
Dungun sedikit sebanyak berpeluang mempelajari budaya masyarakat pantai timur.
Sewaktu itu hanya segelintir kecil pelajar dalam kursus PreDiploma Art & Design
yang berhijab. Itu pun fesyen tudung
ikat belakang atau yang masih tidak mengikut syarak sebenar kerana kejahilan
manusia termasuk diri ini.
Amat berbeza dengan zaman sekarang.
Kebanyakan gadis seawal kanak-kanak yang beragama Islam, telah sedar hukum hakam agama dengan berhijab. Kalau ada yang belum berhijab di khalayak ramai, agak pelik pada pandangan mata. Alhamdulillah percubaan berhijab sepanjang di UiTM Dungun dahulu mengajar saya untuk mendekati agama dengan lebih mendalam. Tambah lagi di sebuah kawasan di bawah pemerintahan kerajaan PAS yang semasa itu dipimpin Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

singgah melawat rumah anak yatim balik dari kuliah Us. Hadi Awang |
Sewaktu itu ramai juga teman-teman mengatakan menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga, “tapi sekurang-kurangnya saya berusaha untuk menjadi ahli syurga.” Begitulah lebih kurang pesanan Kak Marhamah yang mengambil kursus yang sama, namun beliau berhijab labuh. Kak Marhamah yang lebih berusia dari kami selalu saya jadikan bahan rujukan apabila menyentuh bab agama. Kini kami lost contact. Harap sesiapa yang membaca nukilan ini dan mengenali beliau, mohon untuk kami bertemu, rindu rasanya.
Jailani yang senang dipanggil Mek Ani dari Ketereh, Kelantan, |
bersama Rohaizat dan Kamaliah Abdul menikmati suasani pantai Sura Gate |
Tina Sakti yang kini tidak diketahui |
bersama Lia dan Ara |
sesi orientasi kursus AD |
Ada kalanya menjadi satu tamparan juga kepada
pelajar AD yang berpakaian sedemikian kerana kondisi pembelajaran dan
assignment dalam kursus AD ini banyak
yang memerlukan tugasan luar yang lasak. Ditambah pula dengan pelbagai
peralatan melukis yang perlu dibawa bersama. Disitulah saya mula mengenali drawing
board, cow gum, canvas pelbagai jenis berus mewarna.
Pelajar AD berketrampilan simple, agak selekeh, selambe de (panggilan sekarang) kerana mengikut kesesuaian bidang yang dipelajari. Lihatlah sendiri penampilan pelukis-pelukis terkenal Malaysia seperti Ibrahim Hussain, Abdul Latiff Mohidin, Khoo Sue Hoe, monet,, Leornado da Vinci, Paul Cezzane dan banyak lagi nama-nama yang begitu asing pada saya disebutkan oleh Mr. Robert Tan, Pensyarah seni ketika itu.

Tapi tidak kesemuanya. Ramai juga yang berketerampilan menarik dan
sentiasa smart namun hasil lukisan amat membanggakan. Seni ini bukan dinilai dari siapa yang
melukisnya tetapi hasil nukilan lukisannya.
hasil rekaan kotak mee untuk tujuan komersial |
salah satu assignment grafik, "distortion" |
Bergaul dengan lebih daripada 100 orang
pelajar pada sesi pengambilan 1980, saya lihat ada sebahagian besar mereka amat
berbakat di bidang seni.
Memanglah bakat boleh diasah dan sesiapa yang berbakat adalah bonus.
Bagi diri saya, kalau dibandingkan dengan mereka yang berbakat, saya agak tiada darah seni. Malah tidak dinafikan, saya bukan berminat sangat dan tidak mempunyai bakat seni, tetapi telah terjebak menukar kursus daripada Mass Communication kepada AD.
Mengapa dan kenapa, nantikan kemudian.

Antara subject yang diajar selain subjek asas
seperti kursus-kursus lain ialah fotografi.
Waktu itu camera yang digunakan
ialah jenis obscura (kotak). Berbeza dengan
camera zaman digital sekarang yang tidak pernah terfikir akan wujud sewaktu itu.
Maklumlah informasi dihujung jari.
Kami diajar tentang view, focus, lens, shutter speed, apperture, autodept, lens,, portrait and
landscape mode, moving object, flash, focus dan pelbagai term yang semasa itu
begitu asing pada kami.
Walau bagaimanapun semasa itu saya tidak
berhasrat untuk menjadikan fotografi salah satu pilihan major di tahun akhir
nanti. Bukan apa melihat fotografer, ia
seumpama lilin membakar diri sendiri demi menyinari orang lain. Akhirnya wajah fotografer tiada dalam gambar
sebagai kenangan. Kalau sekarang lain, boleh selfie atau wefie.
Walau apa pun, di akhir semester kedua, berjaya juga membuat beberapa koleksi sehinggalah mencuci sendiri imej di dalam bilik gelap dengan mencampurkan bahan-bahan kimia mengikut kreativiti sendiri. Terima kasih kepada pensyarahnya Tuan Syed yang tidak lekang dengan camera DSLR yang kelihatan begitu canggih semasa itu.

Bagi subjek lukisan pula, di hari pertama
setelah orientasi ialah mengenali
garisan. Melukis bentuk garisan, thickness, ukuran dengan menggunakan pensil
sekadar melukis tiang pokok rhu. Teringat beberapa lukisan saya yang dapat
markah tertinggi semasa itu, disimpan dalam galeri pensyarah, namun hancur
tidak sempat diselamatkan semasa Dungun dilanda banjir. Daripada mengenali primary colour, merah,
kuning dan biru, kemudian secondary dan seterusnya sehingga membentuk colour
wheel Chart.
memenangi persembahan terbaik,, lupa subjek apa |
di double dacker inilah adakalanya idea diperoleh |
Perkataan seperti amende, mung…gitu, slalu,
sama, guano… sentiasa kedengaran semasa berkomunikasi dengan masyarakat
tempatan. Sesekali ke Kuala Dungun untuk
mencari barang-barang keperluan melukis di Venus Art dan sekiranya masih belum
mencukupi, keperluan itu akan dibeli di Venus Art yang lebih besar di petaling
Street.
Satu peristiwa yang melucukan ketika menaiki
bas sebagai kenderaan awam ke Kuala Dungun ialah melihat kambing-kambing
bersantai di dalam bas ketika bas diletakkan di busstop sementara menunggu
penumpang.
membasahkan tekak sambil menunggu bas di Kuala Dungun |
Saya mula mengenali dengan makanan yang tidak
asing lagi di Terengganu seperti Sata, akok, aji serban, kuih nekbat, nasi
dagang dan paling menjadi kegemaran ialah keropok lekor.
Antara subject asas lain yang dipelajari
ialah grafik. Tiada sebarang software
computer semasa itu dan ianya dipelajari secara manual. Pelajar-pelajar AD ini
kebanyakannya bersantai sahaja dan saya cuba menyelami untuk menjadi designer
atau artis tetapi serasa bukan jiwa saya.
Pensyarah yang kerap memuji hasil lukisan ialah Miss Zulaika, Robert
Tan, Tarmizi sehingga pernah beberapa kali lukisan disimpan di bilik pensyarah
sebagai koleksi, namun tidak dapat disimpan kerana hancur ketika banjir.
Daripada pemerhatian saya ramai rakan
seperjuangan amat berbakat seperti Rafie (dikenali sebagai nama Hitler) yang
bertemu jodoh dengan Zailani (mek comel dari Ketereh), Hamzah, Wahid (yang
begitu berbakat dalam seni teater (kini menjadi salah seorang pensyarah di Lim
Kok Weng), Dan dan kebanyakkan mereka kini menceburi bidang perguruan, Liza
Othman yang dahulunya begitu berbakat dalam teater kini turut menjadi pelakon.
Liza Othman yang memang menyerlah bakatnya semasa bergelar pelajar |
Ramai lagi teman seperjuangan semasa itu yang sedang meningkat remaja dan yang
tidak dapat saya sebutkan semuanya disini dan maaf yer kekawan yang membacanya
sekiranya nama tidak tertulis.
ketikaAD menjuarai hoki inter U |
Ditempat di asrama yang berkonsepkan chalet,
saya bersama 16 orang coursemate ditempatkan di empat buah bilik. Antaranya
ialah:
1.
Zahara
Ramli kini pensyarah Grafik di UiTM Melaka, yang berkahwin dengan Biju juga
teman sekursus.
2.
Kamalia
Abdul, guru Seni di Melaka
3.
Jailani Awang yang bermata kuyu dan gaya penampilan begitu lembut kini menjadi surirumah dengan Hitler.
majlis perpisahan dengan hse mate |
4.
5.
Rohaizat
Maarof, sigadis bertahi lalat di bibir, kini bertugas di SIRIM
6.
Ropani
Sheik Daud, hitam manis orangnya, yang sentiasa girang kini menjadi guru.
7.
Rozeeda
Hanim, kini guru di Johor
8.
Sharifah
yang dikenali dengan nama Sherry yang kini tidak dapat dikesan dimana
9.
Khatijah
gadis Kelantan yang pendiam, penyabar dan menyiapkan assignment dalam diam
tanpa banyak karenah.
10. Tina Sakti dan Mona, dua
orang asli dari Pahang dan kini difahamkan telah memeluk Islam dan menjadi guru
di Pahang.
11. Marhamah, seorang yang
berketerampilan ustazah yang banyak mengajar saya ilmu-ilmu keagamaan. Dari
beliaulah saya mula belajar berhijab, tapi tidaklah bertudung labuh seperti
beliau. Dan setiap hujung minggu di
akhir bulan kami mengikuti ceramah Hj Hadi.
12. Yang lain-lain seperti
Fauziah, Ruslina, Rusilawati, Azimah, Norimah, Puziah Tuban, Halijah, Ropani, Azizah, Siti Fuziah, Faridah, Suriatii, Raja Kobat dan ramai lagi.
Kalau jumpa sekarang pun mungkin tidak cam lagi.
roommate chalet 16 |
roomate...dimanakah kalian.... |
Semoga kawan-kawan seangkatan yang membaca
blog ini dapat menghubungi saya dan menyampaikan salam kerinduan saya kepada
mereka. Terlalu banyak kenangan termasuklah semasa menjadi Kesatria (masa itu
dipanggil Rotu).
Petang ini saya datang semula ke persisiran
pantai sepanjang Sura Gate. Dipantai
yang berangin sepoi-sepoi dingin inilah tempat dahulu kami diberi tugas untuk
melukis pantai atau sebarang visual keindahan alam di persekitaran. Antaranya
ialah ombak putih memukul pantai, desiran dedaun pepohonan, deretan pokok rhu,
nelayan pulang dari lautan, sampan dan sebagainya. Terdapat juga beberapa
pasangan yang baru berputik cinta dan memadu asmara.
lawatan ke Pusat Islam di kelantan (kalau tidak silap) |
Pernah seketika berkenalan dengan seorang jejaka
putih dan agak handsome pada pandangan saya, student DBS. Namun ketika
diketahui berasal dari Kelantan, saya mula kurang berminat atas factor
jauh. Kenangan menaiki bas 9 jam
diperjalanan melunturkan perasaan dan menjalinkan hubungan dan terjebak dalam
alam percintaan.
Apa-apa pun, jodoh, ajal maut ketentuan Ilahi. Subhanallah kini dapat menantu yang berasal dari keluarga campuran Kelantan. Alhamdulillah, semua itu aturan Yang Maha Kuasa. Perjalanan jauh 9 jam dahulunya kini dipercepatkan lagi dengan pelbagai kemudahan pengangkutan dan jalan raya.

perbincangan untuk mengadakan persembahan kumpulan |
Kini, tempat dan landmark tidak dijumpai
lagi. Segalanya telah berubah. Persisiran yang dahulunya banyak kambing dan
lembu, lebih terjaga, terbina beting pasir, pondok-pondok berehat, chalet
berpagar batu dan insfrastuktur yang lebih moden. Semua tinggal kenangan menggamet
perasaan dan nostalgia hati.
Comments
Post a Comment