16012018: Koleksi Kotak Domino Pizza Sebagai Bukti

16012018:  Koleksi Kotak Domino Pizza Sebagai Bukti

#togethertilljannah

Kota Pizza Bahan Bukti
Hari ini selepas 6 bulan order Domino Pizza. Musim sejuk-sejuk (winter di Malaysia) lebih banyak tarik selimut. Jam 2.00 petang belum melangkah kaki ke dapur.
So..apa lagi, Liyana pun call domino Pizza. Taraa... ini hasilnya.







Kotak Pizza mengingatkan saya kepada peristiwa tujuh tahun lalu. Semasa mengemas barang-barang dari quarters kerajaan di no. 20, Jalan P8E1 untuk dipindahkan ke rumah di Presint 18. Beratus-ratus kotak Domino Pizza dijumpai di bilik Hazim.  Masa itu Hazim Form 4 di sekolah Menengah Alam Shah.

Rupanya ada cerita disebalik koleksi kotak-kotak pizza itu.

Jawapan ringkasnya ialah: koleksi dan bukti lunch beliau sepanjang tingkatan 2 dan 3. Itulah yang dibuatnya ketika kami sebok tidak sempat makan tengahari bersama.

Kekangan ibu bekerjaya adakalanya memang tidak sempat berbuat sedemikian. Dan tidak sangka itu rupanya yang dilakukan bersama Liyana.  

Walau apapun alhamdulillah mereka boleh berdikari, maklum ibu bapa sebok bekerja. 

Peluk Tiang
Teringat kata-kata Hazim semasa mengambil keputusan UPSR, PMR, SPM

..."orang lain dapat peluk mak, tapi Hazim adik beradik peluk tiang"
(akan disambung lain slot katika)

Pengajaran
  • Sesebok mana pun ibu ayah bekerjaya, kejayaan anak jangan dilupa. Ia satu anugerah yang tidak dapat ditukarganti. Alhamdulillah anak-anak mengerti. :)


Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

15092018: Datuk Hajah Rahmah, Mantan KSU KPLB ke Villa MJJana