01012018: Pengujudan Blog Memori MJJana

#togethertilljannah

01012018 blog Memori MJJana diwujudkan.

Alhamdulillah, terima kasih Liyana, anak bongsu yang baru selesai peperiksaan SPM.  Beliau banyak Memberi inspirasi dan  membantu dalam menghasilkan blog permulaan ini.  Blog dinamakan Memori MJJana  sempena gabungan ringkasan nama kami berdua. Blog adalah sebagai nukilan rahsia hati dan memori  sepanjang kehidupan kami. InsyaAllah, antara kandungan blog yang bakal ditulis ialah pengalaman sebenar kehidupan kami, kisah benar, pengajaran (moral of the story) serta nasihat ke arah minda yang positif dan ceria. 

Saya dan suami akan cuba mencoretkan kisah-kisah benar pengalaman sepanjang ranjau kehidupan kami dan pandangan kami tentang sesuatu isu sebagai pengganti diari memori hidup kami.  Semoga ia dapat dikongsi oleh anak-anak, keluarga dan sahabat handai serta pembaca yang mengenali kami. 

Kalau dulu semasa zaman kanak-kanak, diary menjadi tempat luahan isi hati dan perasaan. Kini, blog ini bakal menjadi medan untuk coretan memori hidup kami dengan izinNya jua.

Antara sosial media yang pernah diceburi mulai era 80an
 Sosial Media

Umum mengetahui pelbagai aplikasi sosial media digunakan oleh manusia sebagai medium untuk berkomunikasi melalui alam maya. 

Bagi diri saya, sebelum tahun 2016, facebook menjadi medan berkomunikasi, berukhwah, merapatkan silatulrahim, menjejak kasih teman, saudara mara dan sahabat  lama, di samping berkongsi kisah-kisah kehidupan.  Selain dari itu ia menjadi tempat untuk menyimpan gambar-gambar di alam maya. Mulai tahun 2017 saya jarang memuatnaik gambar dan berita melalui facebook dan instagram serta we chat atas beberapa faktor. Sewaktu itu, saya mula aktif berkomunikasi menggunakan aplikasi Whatsapp Group bersama teman rapat dan saudara mara melalui pelbagai group.

Keterujaan menulis blog ini juga disokong oleh suami, Haji Muhamad Jasman bin Hj. Jurami (MJJ). MJJ lah pembakar semangat apatah lagi beliau sendiri pernah berazam untuk menceburi dunia penulisan selepas bersara daripada perkhidmatan awam.  


Haji Muhamad Jasman bin Haji Jurami (foto tahun 2010)

Menurut MJJ segala hasil tulisannya di handphone dalam whatsapp mahupun facebook ianya akan lenyap begitu sahaja. Maklumlah, kami tidak sehebat Generasi Y, netizen dan keyboard warriors yang mudah menghadam kepantasan teknologi. Dalam usia yang hampir senja ini, agak mengambil masa untuk menekan keypad handphone.
Walau pun agak ketinggalan menulis blog ini, tetapi better late than never  

MJJ  banyak pengalaman dalam pelbagai bidang selaras dengan ilmu yang di peroleh semasa di Universiti Malaya dan pengalaman beliau dalam perkhidmatan kerajaan selama lebih daripada 35 tahun.  Bermula sebagai seorang guru hingga Pegawai Tadbir dan Diplomatik di pelbagai kementerian dan Agensi menjadikan beliau cenderung dan berminat mengulas isu-isu berkaitan sosio ekonomi, sejarah dan politik.  InsyaAllah pengalaman yang boleh dikongsi bersama.  

Idea dan ulasan beliau sentiasa mencurah-curah saban hari, cuma penulis skripnya sahaja yang belum bersedia.  

InsyaAllah dengan izinNya dan kekuatan dalam diri ini, saya cuba membantu apa yang termampu.


Selepas Majlis Pernikahan - 4.4.1987/Kanchong Darat

Sebelum pergi lebih jauh, ingin saya kenalkan diri saya.  Rohana Sapie dan berusia 58 tahun pada 19.7.2018. Telah melayari alam berumah tangga semenjak 4.4.1987, dan kini berstatus YB juga mengikut jejak langkah MJJ.   


Penyatuan dua hati: MJJana
Alhamdulillah masih dapat merasai nikmat dunia ini untuk terus melakukan kebaikan dan ibadah untuk bekalan di akhirat kelak. Cuba sedaya upaya menerima tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada lima orang anak kurniaan Ilahi yang berusia 30, 29, 26, 24 dan 17 tahun. Syukur dikurniakan tiga orang putera yang diapit oleh dua orang puteri. Satu anugerah Ilahi yang begitu bermakna.  Buat masa ini punya seorang menantu dan dua orang cucu yang tinggal bersama mummy dan papanya di Pantai Timur.

Foto keluarga Jasman & Rohana - 1.12.2013, Cameron Highland
Hakimah, Hakimi, Hafiz, Hazim dan Liyana

Gandingan coretan memori
Insyaallah mulai tarikh ini, kami akan cuba menulis blog.  Selain merealisasikan hobi dan bagi memenuhi masa sebagai YB (yang bersara), ia juga sebagai teraphy minda kami.  Kini kami mempunyai lebih masa kerana dengan izin Allah, semenjak berstatus YB, kami mampu menetapkan jadual masa seharian  mengikut kesesuaian masa sendiri.  

Semoga coretan memori ini boleh dijadikan rujukan dan kenangan kepada anak cucu kami seterusnya generasi akan datang keturunan kami di hari kemudian kelak.

Sudi-sudikan membaca. 

Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.


Comments

  1. Semoga bahagia ke Jannah puan.. Kami sekeluarga mendoakan puan sihat dengan izinNya dan pulih atas kehendakNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq. Amiin. boleh tahu ke siapa ni. saya baru belajar dalam penulisan blog ni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan