18082020 : EP 18 ROHANA JASMAN (MJJANA) DISERANG VERTIGO PENYAKIT SERIUS, RAWATAN ENT, BERHENTI MEMANDU KERETA

 

Kali pertama menyerang ialah pada tahun 2004. Pada masa itu di The Mines. Alhamdulillah kebetulan pada masa itu keluar bersama-sama kedua orang anak perempuan, Hakimah dan Liyana. Pada awalnya terasa kepala yang terlalu sakit menyerang sehingga ke tahap 10/10 dan semakin pinar dan hampir jatuh. Anak-anak pimpin duduk di KFC, kedai yang paling berdekatan dan cepat-cepat minum air kosong dan cuba makan roti. Tetiba semua gelap dan terasa menyucuk lagi untuk lebih kurang 10 minit tidak sedar dan dibaringkan di kerusi. Tidak lama selepas itu terasa berada dalam kereta menuju ke hospital Putrajaya. Mengikut laporan doctor setelah diisi air, masih tidak jumpa punca dan merujuk saya ke Bahagian ENT untuk rawatan selanjutnya. Beberapa kali temujanji mendapati saya diserang mild vertigo dan sekiranya berlaku lagi perlu lebih merehatkan diri. Tanda-tanda itu terus datang buat beberapa kali kebetulan masa itu saya sedang sebok menguruskan sukan sempena Sukan tahunan SPRM di Shah Alam. Semasa perhimpunan juga kerap datang simphom yang sama dan semasa ada tanda-tanda saya cepat-cepat duduk atau baring. Kejadian kedua ialah di veranda rumah Putrajaya. Hampir dua minggu saya dirawat di hospital dan saya mengambil ubat bertasec selama hampir 3 tahun sehingga doctor mengatakan ia tiada sebarang kesan lagi. Kaedah rawatan yang saya ambil ialah secara pisioteraphy yang saya pelajari dari unit pisioteraphy Hospital Putrajaya. Kejadian ketiga ialah pada tahun 2015 semasa berada di London. Beberapa kejadian terjadi lagi pada tahun 2016, 2018 dan 2019.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang