27122019 : HONDA ACCIDENT DI NILAI


27122019 : HONDA ACCIDENT DI NILAI
Bermimpikan gigi Liyana patah.

Tiga insiden berlaku hari ini.
Hampir kemalangan di hadapan Klinik Presint 18C.
Jatuh kerusi di kedai di Nilai.
Kemalangan dengan penungang motor.'



Ketika insiden berlaku, terkesima melihat pembonceng terpelanting di hadapan bonet kereta dan terus terjatuh di sisi tempat dudukku.
Subhanallah.
Semoga tidak berlaku sebarang musibah.
Seminit kemudian ku keluar dari kereta mula-mula bertanya bagaimana kondisinya.
Anak muda seusia Syafiq sekadar Alhamdulillah tidak apa-apa sekadar menggeliatkan badan dan terus mmelihat motornya. Cermin sisi kiri patah lalu mengutip di sisi dan meletakkan di bakut motosikalnya. 
Kenapa adik laju sangat.
Maaf Cik, saya terburu-buru mahu ke tempat kerja sudah lambat.
Jadi sekarang macamana.
Dia terus melihat bumper yang terkulai dan berjanji akan cuba membayar sebahagian dari kos membaiki kereta itu.
Semoga dipermudahkan urusan mencari rezekinya, kerana kelihatan wataknya agak baik.

Sebenarnya antara punca berlaku kemalangan itu ialah ketidaklihatan sebuah kereta mers yang parking di penjuru jalan yang meletak kereta bukan ditempatnya.  Beliau terburu-buru beredar sejurus berlakukan kemalangan tersebut. 

Kemudian beliau pun Whatsaap yang berjanji untuk sama-sama membantu.Baik budaknya.
Saya tidak memaksa tapi kalau di bantu Alhamdulillah.
Sudah takdir akan berlaku.

Hari yang sama dengan bantuan kawan Liyana, Fadzlin dan Nadzmi, kami menguruskan kerete itu ke bengkel di Kajang. 
Ujian hari ini. Syukur tiada berlaku sebarang musibah dan luka badan mahupun kematian.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang