31122019 : "FARA'IDH,HIBAH DAN WASIAT; ISU DAN CADANGAN nukilan MJJ
31122019 : "FARA'IDH,HIBAH DAN WASIAT; ISU DAN CADANGAN Penulis; Muhamad Jasman Jurami Fara'idh/Ketetapan Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak. Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, dan semua hutang-hutang simati termasuk Zakat, Nazar,wasiat mengikut syarak, hutang bank dan orang perseorangan. Surah An-Nisa' surah 11 dan 12 memperjelaskan waris yang layak menerima termasuk ibu, bapa, suami, isteri, anak lelaki anak perempuan dan seterus; dan jumlah agihan yang patut diterima. Pengurusan harta pusaka boleh dibuat melalui Bahagian Pusaka Kecil bagi harta alih dan harta tak alih yg nilainya tidak lebih RM 2 juta. Bagi yang nilainya lebih RM 2 juta urusan boleh dibuat di Mahkanah tinggi dengan melantik Peguam yg dipercayai. Kelewatan mengurus aka...