27102019 : Jemputan Guru oleh pelajar MJJ SMKTD 1976

27102019 : Jemputan Guru oleh pelajar MJJ SMKTD 1976

Menemani MJJ ke Majlis High Tea anjuran peljar-pelajar SMKTD 1976-80.
Happening sungguh.
Sekalung tahniah untuk semua AJK yang menganjurkannya, nampak meriah, hapenning.
Walaupun kami sampai agak lewat kerana urusan keluarga dan menghadiri majlis perkahwinan di rumah Kusnan (roti canai), meja kami masih dikosongkan.
Alhamdulillah dapat bersilaturrahim dengan puan Komariah, GB SKKE dan beberapa orang pelajar MJJ yang pernah ditemui sebelum ini.

Selesai acara cabutanbertuah yang diselangselikan dengan nyanyian, majlis diakhiri dengan bersalaman antara pelajar dan guru-guru dengan berlatarbelakangkan lagu oleh salah seorang pelajar.

Sebak seketika mendengar lyrik lagu tersebut.
Semoga usaha ini mendapat keberkatanNya demi ukhwah bersama.







Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang