26102019 : nasi ambeng USIM di Masjid AtToyyibin dan Bengkel/ resepi mee kuning PWB

26102019 : nasi ambeng USIM di Masjid AtToyyibin dan Bengkel / resepi mee kuning PWB
Sesudah subuh, meneruskan aktiviti di Masjid AtToyyibin bersama jiranita IP dan anak-anak dari USIM.


Selepas bersarapan, kami merewang sambil membawang (menyelitkan pengalaman menguruskan Sekretariat Pencegahan Rasuah semasa berkhidmat di Bahagian Pendidikan SPRM tujuh tahun lalu. Kebetulah ada seorang mahasiswa yang pernah terlibat dalam SPR di USIM yang turut menyertai program ini.


Seronok melihat anak-anak, ini sopan, lemahlembut, islamic, energertic belajar memasak nasi ambeng dengan diketuai oleh Ustz Sriani. 15 orang kesemanya dan tiga orang terlibat dalam mural khat.



Sementara menunggu nasi ambeng disiapkan, saya dan Ruby serta Kak Mah join Bengkel membuat mee kuning anjuran PWB. Terkenang membuat mee kuning bersama arwah mak. Semasa itu mesin mee berharga RM70, puas jugalah mengunakan mesin itu termasuk membuat doh karipap.

Walau bagaimanapun tahap kesihatan kerana berdiri agak lama, terasa pening dan kurang memberangsangkan. Maka jam 11.00 mengundur diri, balik setelah merasai mee yang sudah digoreng.


Resepi akan dikepilkan bersama.






Terima kasih kepada seua yang menceriakan hari saya hari ini.


Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang