29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah
29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah Daripada enam pokok mempelam yang ditanam 15 tahun lalu di tapak asal Villa MJJana, lima pokok telah ditebang. Sepokok ditinggalkan sebagai tempat berteduh pekerja-pekerja kontrak semasa pembinaan Villa MJJana. Semasa itu difikirkan sekiranya kedudukannya mengganggu pembuatan pagar, ia akan ditebang kemudian dan dijadikan landscape. Walau bagaimanapun pokok tunggal di lot itu seolah-olah memohon belas kasihan agar jangan ditebang. Selama 5 tahun pokok-pokok mempelam itu banyak berjasa dan mengeluarkan hasil dan telah banyak sama-sama dinikmati oleh sahabat handar, jiran tetangga dan rakan-rakan sepejabat sewaktu kami bekerja dahulu. Pokok tunggal di penjuru sudut hujung antara kulon dan lor sentiasa mengeluarkan buah yang lebat, besar di mana isinya cukup lemak semasa muda. Apabila masak, benar-benar manis dan puas memakannya setanding dengan jenis harummanis. Semasa pembinaan pagar yang jaraknya 10 kami dari batang pokok, m
Comments
Post a Comment