19082019 : Ammar tidak sambung persekolahan Semester ke3di PASTI dan kerja-kerja pembersihan



18082019 : Ammar tidak sambung persekolahan Semester ke3di PASTI

*AMMAR DANIEL BIN ZAMRI*

Serba salah,
Ibarat _ditelan mati emak diluar mati ayah_

Antara alam persekolahan dan kasih sayang ayah bonda dan adik beradik..

Dilema yang melanda Ammar Daniel bin Zamri di usia lima tahun.

Hampir empat bulan berjauhan dari ayah bonda, berpisah sementara demi menimba ilmu dan meneman datuk dan neneknya, kini sekadar menyimpan kenangan suka duka dalam memori hidupnya,

18.4.2019 Hari pertama melangkahkan kaki ke PASTI ArRidzwan Kg Endah,
Minggu pertama pelbagai drama air mata terjadi hampir  setiap pagi sebelum ke sekolah,

Minggu kedua begitu teruja, untuk ke sekolah, kawan-kawan yang serasi dengannya menjadi inspirasi dan motivasi diri,

Punya watak yg agak kontra, pendiam di sekolah tidak seperti di rumah,
Begitu memilih dalam mencari teman akrab,
 Irfan Naufal, Fawaazz, Mohd. Alif antara nama-nama teman yang kerap disebut-sebut sekembalinya dari sekolah,

Setiap hari bertambah seorang demi seorang teman seusia dengannya dan tergambar keseronokannya bersekolah dan kerap voice mail dengan Cikgu Norlee jika ada masalah berkairan pelajaran.. Subhanallah

Terakhir sebelum cuti persekolahan tempoh hari, bertambah sebutan nama kawan perempuan pula dari bibirnya,

Wafa dan Mastura, antara nama kawan barunya,

Kini telah 10 hari berlalu.
Ammar tiada di sini atuk dan nenda,
Nun jauh di Kuala Krai, Kelantan melepaskan kerinduan bersama keluarga tercinta.

Bertemu Zara, adiknya yang berusia  2 tahun dan Hani, 5 bulan yg kini semakin membesar dan agak mudah mummy mengurus anakanaknya,

Hatinya berbelah bahagi untuk menemani si nenek di sini dengan alasan tiada siapa yang boleh menghantarnya di samping sukar untuk berpisah dengan adik beradiknya.

Atau mungkin sukar untuk Ammar berpisah sementara dari keluarga tercinta,

Sehingga ada kala pernah mencadangkan agar kesemua adik-adiknya tinggal bersamanya sekiranya dia tinggal dengan atuk dan neneknya..
Begitulah ikatan ukhwah adik beradik sedari kecil seumpama bulu ayam..
Apa kan daya, si nenek terpaksa akur demi kasih sayang dan ukhwah adik beradik.

Ada kala, atuk dan nenek serba salah juga memisahkan Ammar dan keluarga
Namun dengan visi untuk menuntut ilmu kerana menurut Ammar di Kuala Krai ada kawan ganas kononnya

Syukur, tempoh hari nenek mampu tersenyum kerana ada teman penglipur lara walaupun ada kala tidak terdaya juga,

Kalau dahulu, meriah suasana rumah dengan celoteh dan pelbagai watak lakunannya,
Tapi kini, si atuk dan si nenek berasa sunyi, kekadang terngiang-ngiang kedengaran suara Ammar Daniel, tapi itu semua hanya bayangan..

Maka… hari ini bermulalah persekolahan semester ketiga untuk tahun ini
Pagi ini juga tiada suara Ammar Daniel semasa mempersiapkan diri ke sekolah...
Pagi ini tiada Video Call dan Voice Call pada mummy dan Zara bertanyakan khabar dan permisi sebelum ke sekolah...

Hari ini juga Ammar Daniel tidak meneruskan persekolahannya di PASTI Ar Ridzwan
Hari ini dan hari2 seterusnya juga Ammar Daniel tidak ke sekolah dan akan homeschool bersama ibu dan adik-adiknya.

Mungkin ada hikmahnya... Kerana jika lagi lama tinggal bersama nendanya, lagi susah utk berpisah dengannya,

Allahhuakhar
Kita hanya mampu merancang, Allah penentu segalaNya

Terima kasih kepada guru-guru khususnya Cikgu Norlee yang telah banyak bersabar melayan karenah Ammar Daniel.

Terima kasih dan halalkan ilmu yang diajar
Maaf juga dari kami sepanjang Ammar Daniel belajar di situ dan menyulitkan pengurusan sekolah
Doakan juga Ammar Daniel terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi
Terima kasih cikgu dan pengurusan sekolah serta ibu-bapa dan teman-teman Ammar Daniel.

Kasih bapa sepanjang masa
Kasih ibu membawa ie syurga
Kasih atuk nenek tidak terucap bicara,
Kasih guru diingat sepanjang usia

Alhamdulillah, syukur dengan nikmatNya

Rohana Sapie
(Nenek Ammar Daniel)
19082019





Anda ada masa sakit kepala.. untuk  kerja-kerja pembersihan.
Antara fantasi dan realiti

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang