20072019: foto belum birthday surprise di Restoren Chaiwala
20072019:
birthday surprise di Restoren Chaiwala
Seharian hari ini anxiety tentang
punca / symptom dizziness. Berdiri dan duduk terasa seolah-olah dunia
berpusing. Sekiranya baking dan cuba meniarap dan dongak 45% amat terasa.
SubhanAllah, Kau benar-benar menguji hambaNya. Namun kutahu Setiap ujian yang
diberi adalah mengikut kekuatatan hambaMu ini Ya Allah.
InsyaAllah akan ku usahakan
dengan melakukan pisioteraphy tiga kali sehari di samping memasukkan
elemen-elemen positif dalam kehidupan.
Akan kucuba sedaya upayaku
menggembirakan semua orang khususnya orang-orang tersayang dalam hidup ini.
Nukilan disisi adalah coretan memori. Walau ada orang berkata janganlah kau
luahkan kedukaan dihatimu, usah kau tonjolkan kesedihan diwajahmu. Elakkan dari
berkongsi masalah dan kesusahan, kesakitan kepada orang lain kecuali mereka
yang mungkin boleh menasihatkan dan menyelesaikannya. Waimma apa pun aku cuba
belajar redho menghadapi semua ujian ini walaupun redho itu adalah perit untuk
dilalui.
Belum selesai isu dizziness,
semalam pula dikejutkan dengan hasil ujian kanser kolektoral yang mana terdapat
darah dalam najis. Akan kuusahakan rawatan pada 24hb ini berjumpa dengan Dr.
Bazilah… semoga usaha ini memberi hasil yang baik.
Sedang fikiran dilanda
pelbagai kontrovasi, tetiba Liyana kata nak belanja makan sempena hari lahir
ibu.
So ikut sahajalah selepas
maghrib kami bertolak ke Banting.
Rupanya satu surprise dalam
hidupku.
Tkasih semua walaupun surprise
evenet ini sepatutnya dirancang di Bangi bersama anak-anak yang berdekatan.
Namun atas fbeberapa kekangan Syafiq, Hafiz dan Normala tidak dapat join. Tidak
mengapa. Ibu faham dan doa ibu sentiasa mengiringi anak-anak walau dimana
sahaja mereka berada.
Alhamdulillah, masih ada
yang mengingati.
Ya Allah permudahkan lah
segala urusan kami sekeluarga.
Comments
Post a Comment