21072019 : ke rumah Habibah Ramly dan Pesta memetik cili di Malek
21072019 : ke rumah Habibah Ramly dan Pesta memetik cili di Malek
Mendapat jemputan melalui
whatsapp untuk memetik cili besar di ladang Malek Tarmudy. Alhamdulillah
pokok-pokok cili yang akan dibuang masih mengeluarkan buah yang walaupun buah
penghujung, masih baik dan boleh digunakan untuk masakan. Terima kasih Malik.
Semoga sumbangan ini membuka luas rezeki kalian sekeluarga.
Dapatlah juga berkongsi
cili-cili bersama Abang Ramly Shaari sekeluarga yang. Sembang saudara sebelah Embah Kusnan diharap
dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kami.
Minggu ini sahaja
dipertemukan dengan Abang Jahroh Kayat, Enon dan Abang Ramly Saari, sedolor daripada waris
Embah Kusnan. Semoga hubungan silatulrahim bertambah erat. InsyaAllah, Aminn
Silatulrahim bersama-sama
Herman dan Muslimah pula di sebelah petang dan dapat sama-sama menikmati air
kelapa muda dan pisang pemberian Ain.
Comments
Post a Comment