19072019 : Sambutan ulang tahun ke 60 Cermin mata baru dari Vision 2020 left + : 25 power dan cancer korektorel
19072019
: Sambutan ulang tahun ke 60 Cermin mata baru dari Vision 2020 left + : 25 power dan cancer korektorel
Symthom
vertigo ialah telinga, hidung dan mata. Setelah melakukan pemeriksaan telinga
dan hidung di pakar ENT Hospital Putrajaya, aku meneruskan usaha untuk mencari
punca vertigo.
Setelah
hampir dua tahun cermin mata didapati telah banyak calar. Pemeriksaan dilakukan
ke bebola mata, kesemuanya ok dan hanya terdapat penambahan power 0.25 sebelah
kiri. Sekiranya setelah ditukar cermin mata baru, masih lagi berlaku..
wallahualam, Hanya kepadaMu Ya Allah tempat hambaMu ini mengadu.
Teringat
kata-kata beberapa orang pisioteraphy, salah satu punca ialah udara tidak sampai
di kepala. Dan perlu melakukan pelbagai latihan pisioteraphy. InsyaAllah akan
aku terus lakukan demi keselesaan dan kelangsungan hidup. Hidup perlu
diteruskan. Anak-anak dua orang lagi masih bujang.
Ya
Allah berikan aku sedikit masa lagi untuk meneruskan nikmat hidup ini bersama
orang-orang yang disayangi. RM1100
hadiah cermin mata untuk reward diri sendiri.
Hadiah
kedua ialah keputusan positif kancer korectioral melalui ujian sendiri. Telah
maklumkan kepada Dr. Bazilah dan beliau meminta saya berjumpa beliau minggu
hadapan untuk dirujuk ke Hospital Putrajaya. Sakit itu juga ujian nikmat
kehidupan.
Lepas
satu, satu lagi musibah datang, semoga aku terus Diberi kekuatan untuk terus
berjuang untuk hidup demi anak-anak, suami dan orang-orang tersayang
disekeliling.
Ya
Allah berikanlah aku sedikit masa lagi untuk membuat persiapan hari akhirat.
Panjangkan
usia dengan kesihatan yang baik.
Sekiranya telah sampai masanya, matikanku dalam keadaan khusnul
khotimah.
Pada
petang itu kami menyambut birthday dengan menikmati dan menceriakan sambutan
ulang tahun bersama adikku, Ain. Kusangka bubble mycori terlekat di bahagian
bawah kulit pipi, rupanya darah terpancut keluar apabila dipicit. Adakah ia
tanda tanda kanser kulit yang selama ini menjadi tanda tanya. Atau salah satu
side effect rawatan pembedahan gusi bagi mengelauarkan akar gigi. Allah Maha
Mengetahui. Semoga tidak memudharatkan.
Comments
Post a Comment