Posts

Showing posts from July, 2019

31072019 : Speech Teraphy untuk Ammar Daniel

Image
Temu janji yang diperolehi tiga bulan lalu ditepati hari ini. Berjumpa Cikgu Baiti sebagai Speech Teraphis... untuk membaiki sebutan R Ammar. Menurut beliau sebutan R adalah sehingga usia 6-7 tahun. Walau bagaimana pun ia perlu dibuat latihan dari sekarang. Usaha itu perlu. Dulu Liyana pun begitu dan Alhamdulillah hasil usaha dan dengan izinNYa juga Liyana kini boleh menyebut R dengan baik. apa-apapun perlukan latihan. Dulu aku lainlah...namun Alhamdulillah, mampu bertahan hingga usia mencapai 60 tahun. hingga kini tapi itu adalah rezeki masing-masing.

30072019 : public holiday, pertabalan agung dan repair 3 laptop dan Ammar ada Whatsapp

Image
30072019 : public holiday, pertabalan agung dan repair 3 laptop dan Ammar ada Whatsapp Sekali lagi memenuhi kehendak anak bujang. Kalau orang dulu, bila rindu tengok bumbung rumah pun jadi. Inilah yang terjadi hari ini Alhamdulillah, rezeki rambutan di rumah pusaka JR. Turut dapat dirasai oleh keluarga Abg Ramly dan Kak Maniseh. Hari ini juga  bertemujanji dengan Zawawi, kawan Hafiz. Beliau yang mendapat pendidikan di bidang arkitek di UIA kini membuka kedai baiki komputer di Jalan Durian atas minat. Telah beberapa kali memberi khidmat membaiki komputer kami. Pemuda yang diperkenalkan oleh Hafiz menyokong yang sesuatu akan lebih berjaya jika disaluti dengan minat yang mendalam. Alhamdulillah satu lap top saya yang lama memang telah low memory dan tertekan numlock. Itulah benda yang sudah lama tapi tidak dipraktikkan, akan mudah lupa. Sementara lap top Hazim dan Hafiz dapat dibaiki dengan charge yang begitu minima sekali. Malah tablet Ammar pun boleh digunakan untuk

29072019 : 888888.88 jalan pipit lg

Image
29072019 : 888,888.88 Semoga dipermudahkan.

28072019 : Ahad: wedding Nor Khairin

Image
28072019 : Ahad: wedding Nor Khairin Kami tidak dapat memenuhi jemputan weddin sepupu, Nor Khairin di Jenjarom kerana penuh aktiviti di rumah. Tambahan ada kalanya terasa mahu pitam sesekali. Aku cuba memantau saat symptom itu berlaku.  Ia tidak menentu. Ada kala semasa duduk. Tapi kali kebanyakkannya semassa baring atau baru bangun tidur dan melakukan pergerakaan 45degree.

27072019 : lion king di cinema Banting

Image
27072019 : lion king di cinema Banting, dan Is u Yasinan rumah Rosmah, t/hari ke banting dgn liyana Pelik tapi benar, bila Liyana tanya esok cinema jam berapa untuk Lion King, tunggu Esok. Pelik cinema di Banting ni. Akibat tidak dapat turut serta majlis Tahlil di rumah Ito Indah Perdana, aku ketinggalan waktu untuk join marhaban di rumah Rosmah. Alhamdulillah sempat juga bertemu mereka sewaktu makan. Sempat bersembang tentang kerjaya anak-anak. Biarlah ambil kursus yang mudah tapi mudah mendapat kerja. Walau apa pun semuanya adalah kehendakNya. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, Allah juga Penentu segala.

26072019 : Mencari tiles toilet di Banting dan mathematic Ammar Hadith 8.

Image
26072019 : Mencari tiles toilet di Banting dan  mathematic Ammar Hadith 8. Hadith 8 Ammar dan dua jari Kesoronokan dan kemeriahan yang tidak terhingga bersenda gurau bersaa Ammar semasa belajar Matematik. Hari ini dengan turut ditemani Ammar, kami ke Banting untuk mencari tiles untuk toilet baru. Teringat semasa mula-mula membina Villa MJJana, tapi kali ini sedikit sahaja.

25072019 : Lawatan tapak Jalan Kebun dan KOSAS

Image
25072019 : Lawatan tapak Jalan Kebun dan KOSAS Sudah beberapa bulan kebelakangan ini hangat juga perbincangan tentang usul untuk menjual salah satu tanah MJJ. Isu yang timbul antara lain ialah penama di tanah itu ada empat orang dan perlu persetujuan sepenuhnya daripada kesemua penama. Apabila persetujuan telah diperoleh, harga pula menjadi perbincangan. Terkini ialah apabila ia ditawarkan kepada KOSAS yang memang mempunyai tunai untuk pembelian asset tanah. Apa-apa pun terpulanglah kepada penama untuk memilih pembeli. Aku sekadar meneman dan membantu apa yang termamp sahaja. Semoga ia bermanafaat untuk semua dan dapat membantu kepada yang berkenaan.  .

24072019 : buka jahitan dan balik bersama Habibah, terjumpa Sanusi Sipar

Image
24072019 : buka jahitan dan balik bersama Habibah, terjumpa Sanusi Sipar Alhamdulillah selamat membuka jahitan digusi yang dibuat semasa operation akar gigi tempoh hari. Memandangkan Syafiq tidak dapat menghantar balik ke banting kerana urusan kerja, dan kebetulan Habibah ada urusan di Kota Warisan, kami Berjaya membuat temujanji dan akhirnya dapat pulang sekali dengan dihantar oleh beliau. Terjumpa Sara dan Sanusi Sipar di Hospital. Sembang sebentar isu penuaan. Maka hari ini juga bermula bayaran yuran RM25 di KTP kerana telah mencecah usia 60 tahun.

23072019 : apt ortho, pisio, ikan Shafiq mati

Image
23072019 : apt ortho, pisio, ikan Shafiq mati Usaha perlu diteruskan. Hari ini temujanji dengan pakar tulang menyaksikan keputusan xray yang bulang joint lutut dan betis seperti biasa. Menurut doctor tanda-tanda penuaan. ‘teruskan mengambil supplement glucosimene. Sementara tulang tengkuk di bahagian C5 dan C6 masih Nampak agak rapat. Namun tanda-tanda agak tajam itulah tanda penuaan. Yang penting, Menurut doctor ia bukanlah penyebab pening atau pitam. Subhanallah. Mungkinkah infak di ke0ala. Beliau juga mengesyrkan agar membuat rawatan susulan di bahagian medical. Dan Surat rujukan yang dikeluarkan telah kuhantar ke bahagian medical untuk temujanji selanjutnya. Disamping itu saya juga telah membuat temujanji di bahagian surgical atas surat rujukan dari Dr. Jazilah merujuk kepada ujian kanser kolectoral. Usaha terus usaha Ana. Sesampainya kami di rumah, didapati salah seekor ikan yang sedang membesar yang dibeli oleh Syafiq telah mati. Sedih juga bina

22072019 : Kenapa Nenek panggil atuk ABANG?

Image
22072019 : Kenapa Nenek panggil atuk ABANG? ? Dalam termenung tetiba Ammar bertanya: Kenapa Nenek panggil atuk ABANG? si nenek pun bertanya semula: Mummy panggil papa apa? Besok kalau Ammar dah kawin, Ammar  isteri Ammar apa. Sambil berbisik: ABANG... HUHU Ammar nak kawin ke Nak dengan siapa Ema kenapa, Ema tu cantik ke Cantik Subhanallah...bocak cilik...mbaweli wae

21072019 : ke rumah Habibah Ramly dan Pesta memetik cili di Malek

Image
  21072019 : ke rumah Habibah Ramly dan Pesta memetik cili di Malek Mendapat jemputan melalui whatsapp untuk memetik cili besar di ladang Malek Tarmudy. Alhamdulillah pokok-pokok cili yang akan dibuang masih mengeluarkan buah yang walaupun buah penghujung, masih baik dan boleh digunakan untuk masakan. Terima kasih Malik. Semoga sumbangan ini membuka luas rezeki kalian sekeluarga. Dapatlah juga berkongsi cili-cili bersama Abang Ramly Shaari sekeluarga yang.  Sembang saudara sebelah Embah Kusnan diharap dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kami. Minggu ini sahaja dipertemukan dengan Abang Jahroh Kayat, Enon  dan Abang Ramly Saari, sedolor daripada waris Embah Kusnan. Semoga hubungan silatulrahim bertambah erat. InsyaAllah, Aminn Silatulrahim bersama-sama Herman dan Muslimah pula di sebelah petang dan dapat sama-sama menikmati air kelapa muda dan pisang pemberian Ain.

20072019: foto belum birthday surprise di Restoren Chaiwala

Image
20072019: birthday surprise di Restoren Chaiwala   Seharian hari ini anxiety tentang punca / symptom dizziness. Berdiri dan duduk terasa seolah-olah dunia berpusing. Sekiranya baking dan cuba meniarap dan dongak 45% amat terasa. SubhanAllah, Kau benar-benar menguji hambaNya. Namun kutahu Setiap ujian yang diberi adalah mengikut kekuatatan hambaMu ini Ya Allah. InsyaAllah akan ku usahakan dengan melakukan pisioteraphy tiga kali sehari di samping memasukkan elemen-elemen positif dalam kehidupan. Akan kucuba sedaya upayaku menggembirakan semua orang khususnya orang-orang tersayang dalam hidup ini. Nukilan disisi adalah coretan memori. Walau ada orang berkata janganlah kau luahkan kedukaan dihatimu, usah kau tonjolkan kesedihan diwajahmu. Elakkan dari berkongsi masalah dan kesusahan, kesakitan kepada orang lain kecuali mereka yang mungkin boleh menasihatkan dan menyelesaikannya. Waimma apa pun aku cuba belajar redho menghadapi semua ujian ini walaupun redho i

19072019 : Sambutan ulang tahun ke 60 Cermin mata baru dari Vision 2020 left + : 25 power dan cancer korektorel

Image
19072019 : Sambutan ulang tahun ke 60 Cermin mata baru dari Vision 2020 left +   : 25 power dan cancer korektorel  Symthom vertigo ialah telinga, hidung dan mata. Setelah melakukan pemeriksaan telinga dan hidung di pakar ENT Hospital Putrajaya, aku meneruskan usaha untuk mencari punca vertigo. Setelah hampir dua tahun cermin mata didapati telah banyak calar. Pemeriksaan dilakukan ke bebola mata, kesemuanya ok dan hanya terdapat penambahan power 0.25 sebelah kiri. Sekiranya setelah ditukar cermin mata baru, masih lagi berlaku.. wallahualam, Hanya kepadaMu Ya Allah tempat hambaMu ini mengadu. Teringat kata-kata beberapa orang pisioteraphy, salah satu punca ialah udara tidak sampai di kepala. Dan perlu melakukan pelbagai latihan pisioteraphy. InsyaAllah akan aku terus lakukan demi keselesaan dan kelangsungan hidup. Hidup perlu diteruskan. Anak-anak dua orang lagi masih bujang. Ya Allah berikan aku sedikit masa lagi untuk meneruskan nikmat hidup ini bersama orang-orang yang