19062019 : Rabu - 15 Syawal 1440H SSF KL dan Lorong Haji Taib
19062019 : Rabu - 15 Syawal 1440H SSF KL dan Lorong Haji Taib
Sementara menunggu MJJ
mendapat keputusan operation mould tempoh hari, kami mencari SSF yang pernah 30
tahun lalu saya kerap mengunjungi di Chow Kit. Rupanya sekarang telah berpindah
ke shopping mall baru yang dahulunya Yaohan.
Cuma bezanya dahulu pergi bersama kawan-kawan pejabat, kali ini dengan anak-anak yang semakin dewasa untuk dibawa berbincang bersama.
Cantik2 juga painting Cuma x
cukup besar untuk ruang tamu.
Sambil tu sempat juga singgah
di Lorong Hj. Taib sambil membeli beg sekolah
Ammar. Rupanya tidak boleh membeli satu, oleh itu belilah sedozen, boleh
agih-agihkan untuk cabutan bertuah kategori kanak-kanak semasa majlis Jamuan
Aidilfitri KHAJ lusa. Terkenang kembali satu masa dahulu kerap membeli pakaian
sekolah, stokin dan keperluan sekolah anak-anak.
Alhamdulillah hasil keputusan dari Hospital Kuala Lumpur menggembiran. Syukur padaMu Ya Allah.
Comments
Post a Comment