24062019 : Isnin - 20 Syawal :1440H Lady Days Outing Skin Treatment Dr. Bazilah Syafiq Ammar sunset di morib
24062019 : Isnin - 20 Syawal 1440H :Lady Days Outing Skin
Treatment Dr. Bazilah Syafiq Ammar sunset di morib
Sesekali teraphy diri bersama dara sunti Liyana Syazwani di
Bangi. Keseronokan zaman remaja dapat dikongsi dengan sibongsu.
Kalau dulu
sekurang-kurangnya sebulan sekali berkunjung ke shopping kompleks (survery skin
care dan barangan wanita, kini hanya sesekali kerana meneman atau diajak
meneman si anak), kalau dulu kerap membeli kain ela atau remnant dan menjahit
sendiri, kini kalau kebetulan lalu di kedai kain dan bahaa-bahan baju banyak
terkumpul, entah bila hendak dihantar ke tailor, kalau dulu sekurang-kurangnya
seminggu sekali outing lunch dengan rakan-rakan sepejabat kini hanya dengan
keluarga…. Terkenang kembali). Itulah
pusingan kehidupan. Apa-apapun bersyukur masih diberi peluang menikmati
kehidupan bersama orang-orang tersayang. Dan Ana… jangan lupa berseronoklah
kamu seolah-olah akan hidup lagi, dan beringat-ingatlah untuk membuat persiapan
seolah-olah kamu akan mati esok.
Mykori dan Me’nate menjadi pilihan kami untuk lunchdate dan
menikmani kesegaran icecream sagat.
Sebelum balik ke Villa MJJana, singgah menikmati sunset dan
kebetulan Syafiq dan Ammar ada di situ.
Alhamdulillah, seronok melihat kegembiraan Syafiq ditemani
oleh anak saudaranya. Semoga hasrat untuk berumahtangga dengan pasangan yang
mendapat restu ibu bapa tercapai, InsyaAllah.
sesampainya di rumah, Buku Mandarin Ammar yang ditempah oleh mummy dah sampai. Insyallah permulaan untuk belajar Mandarin untuk persiapan sekolah 6 tahun...
Comments
Post a Comment