25052019 : Telatah Ammar di kereta
kala
25052019 : Telatah Ammar di keretaSepanjang perjalanan walau ke mana sahaja sentiasa cerita dengan celoteh Ammar.
Ada sahaja ceritanya.
Di usia empat tahun, kata-kata yang keluar ikhlas dari hatinya sentiasa menggambarkan ketulusan dan naivenya kanak-kanak.
Seronok menjaga dan berkawan dengannya.
Namun dalam usia seawal itu semua ayat tersusun mengikut buku atau bahasa TV.
Antaranya: Atok pandu perlahan sahaja supaya kita semua selamat. hehe....bocah cilik..
Dalam kereta pun x perlu risau untuk child lock.
Tetapi ada juga kalanya buat hal bila sudah terasa jemu.
Oleh itu bertemankan video, sign language, dapat juga belajar bahasa inggeris.
Dan satu lagi sekiranya sudah terasa jemu, mula buat hal bercerita dengan bayangan imaginasi kartunnya. Jika lasak sangat dan tidak guna tali pinggang kledar, perlu ditakutkan dengan polis di jalan.
Comments
Post a Comment