22052019 : kucing jumpa owner, Qisti dan Ammar



22052019 : kucing jumpa owner, Qisti dan Ammar

Aku memang penggemar kucing. Teringat kucingku ABU dan DOLLY. Selain mengingati anak cucu bahawa kucing adalah binatang kesayangan Nabi Muhamad SAW, kucing juga pembawa rezeki dan mengurangkan pembaziran makanan.
Oleh itu kucing-kucing yang kerap di buang di kawasan Villa MJJana akan datang ke dapurku.  

Masa inilah untuk aku berbudi dan bersedekah dengan memberi bukan sahaja makanan lebihan. Tu pun kalua tiada makanan ikan yang segar baru digoreng. Biasanya makanan yang kumasak untuk menu dua pax memang sentiasa lebih, itulah rezeki kucing namanya.

Semalam datang dua ekor kucing. Pada pengamatan saya kucing itu bukan stray cat tapi kucing belaan.
Oleh itu melalui chanell Whatssapp, kuiklankan foto kucing itu. Alhamdulillah ada yang menuntut. Maaf kerana aku tidak mampu menjaganya.

Sekitar foto di SSF ketika lawatan ke SSF dulu YAOHAN.

Hari ulang tahun kelahiran buat anak keduaku MUHAMMAD SYAFIQ HAKIMI.
Selamat menempuh alam 30 siri. 
Semoga Allah bukakan hati Syafiq untuk mendapat pasangan hidup berlandaskan AlQuran. Amin.




Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang