25032019 : Ulasan KKK dalam Whatsapp group, terima kasih dan maaf


25032019 : Ulasan KKK dalam Whatsapp group, terima kasih dan maaf

foto telah di upload dalam album fb saya dan dr. Rafie

Alhamdulillah selesai Kem Kesihatan Komuniti yang berlangsung selama dua hari semalam dan kelmarin.

Maka di dalam gorup Indah Perdana dan Jom sihat (semua AJK) saya upload ini.

Assalamualaikum wbt☺

1. Alhamdulilah, Kem Kesihatan Komuniti anjuran Alumni STAR secara smartpartnership bersama MPKK, Persatuan Indah Perdana dan Hospital Banting selesai petang tadi.

Satu pengalaman yang cukup bermakna bagi saya yang buat pertama kalinya atas kapasiti sebagai NGO terlibat secara langsung dalam penganjuran majlis yang mana golongan sasar terdiri daripada pelbagai status, kategori, bangsa, entiti dan umur, setelah bersara 4 tahun daripada perkhidmatan awam.

2. Sebagai penduduk yg baru di Indah Perdana, saya mengambil peluang ini untuk bersilatulrahim dengan pelbagai lapisan masyarakat yang mana status latar belakang dan fahaman politik yang berbeza, namun diketepikan semuanya demi kesejahteraan dan teraphy diri selaras dengan tema JOM SIHAT.

3.  Bermatlamatkan  melahirkan generasi yang sihat dan berfikiran  positif, Alhamdulillah saya Diberi peluang mengenali beberapa individu dan pelbagai gelagat manusia. Dengan menolak tepi segala pandangan negative, kami khususnya barisan Alumni STAR Klang tetap bersemangat meneruskan program ini walaupun melalui pelbagai kekangan, hasutan sehingga ada satu ketika hampir putus asa,, dugaan namun ia adalah satu CABARAN menurut Dr. Rafie dan ia terus memberikan kekuatan💪 pada saya khususnys kami barisan Alumni STAR serta menganggapkan semuanya sebagai ranjau liku-liku kehidupan yang dapat lebih mendewasakan Persatuan kami.  Bak kata pepatah, Alang-Alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

4. Berbekalkan semangat dan sokongan disamping memperoleh aura orang-orang yang positif, Alhamdulillah kami begitu teruja dan rasa berpuas hati walaupun agak letih. Itu yang apa saya lihat, alami dan drpd maklumbalas pelbagai pihak secara peribadi.

5.  Dengan penganjuran program ini juga beberapa pihak berminat untuk berkolaborasi dengan Alumni STAR untuk mengadakan program.  InsyaAllah dengan doa dan kesihatan dariNya akan kami teruskan program sihat dan murni ini untuk terus berurusan dengan orang-orang yang berpandangan positif.

6. Di kesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung samada sokongan moral dan fizikal dalam menjayakan program ini.

7.  Mohon juga kerjasama semua AJK / jemputan / orang-orang persaorangan / komuniti Indah Perdana dan Kg. Endah upload / pm tepi pada saya foto daripada camera / hp untuk kami dokumentasikan dan upload dalam koleksi album facebook.

8. Terima kasih kepada pengusaha-pengusaha homestay yang terlibat dalam penginapan peserta yang kebanyakannya berpuas hati atas perkhidmatan.

9. Kebanyakan peserta dan urusetia terbabit juga menyampaikan salam kepada semua penduduk Kg. Endah dan Indah Perdana dan menyampaikan salam ukhwah mereka serta kagum dengan semangat kerjasama semua pihak dalam menjayakan program ini.

10. Diharapkan  agensi/NGO/peniaga yang mengambil bahagian pameran dalam Gerai Jualan mendapat tempias keuntungan daripada program ini.

11. Terima kasih juga kepada En. Rashidi dan En. Irwan atas kerjasama memberi peluang eksplorasi perusahaan petang tadi dan  beberapa keluarga dalam slot Warga Prihatin


12. 🙏Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf di atas sebarang ketidaksempurnaan majlis seperti yang diharapkan oleh segelintir pihak, terkasar bahasa dan tutur kata yang tidak menyenangkan mana-mana pihak.  Sesungguhkan ia adakalanya mungkin berlaku di atas kekangan masa dan keadaan hanya semata-mata mahukan Program berjalan lancar dan memuaskan semaksimum mungkin semua pihak.

13. Sekiranya ada sebarang maklumbalas dan pandangan membina untuk kami Alumni STAR menganjurkan program lain atau ada foto/video yang boleh di kongsi bersama, sila pm saya atau emel 👇

anajasman@gmail.com

14. Untuk makluman, kami, saya dan Dr.Rafie akan upload foto-foto dan video dalam fb kami.

🔴Muhamad Rafie MD Kaslan

🔴rohana sapie

🔴Anajasman.blogspot.com

😊Sila masuk / share / tag

Terima kasih

ROHANA SAPIE,
penyelaras Program
24/3/19


dan Alhamdulilah
ramai yang memberi maklumbalas positif dan tahniah khususnya untuk Alumni.
Bak kata Dr Rafie

Program ini pun banyak kelemahannya..tetapi Algamdulillah banyak maklumbalas positive.

 insyaAllah banyak yg kita kena kita hadapi..
Banyakkan sabar & berharap ada hikmah yg besar disebaliknya..

InsyaAllah semoga besar pahala & ganjarannya..
Kak Ana dah buat yg terbaikk!!
Tahniah & syabas..
Pengorbanan masa tenaga & kewangan sgt dihargai.

Pedulikan apa jua pandangan negative orang yg tak faham..

Saya harap program ini menjadikan kak ana lebih kuat semangat.. fizikal & mental serta spiritual.
dr. Rafie

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja