25122018 : Keluarga Zamri balik ke K.Krai dan ke rumah Anis
25122018 : Keluarga Zamri balik
ke K.Krai dan ke rumah Anis
Perjalanan yang tidak dirancang.
Dengan menaiki MRT yang hanya memerlukan beberapa station ke Mytown. Memang
tidak terfikir untuk berjalan-jalan ke Mytown yang dikatakan terletak
bersebelahan IKEA Cheras.
Atas pujukan Liyana dan
anak-anak, teruja juga untuk menggunakan perkhidmatan MRT.
Hebat juga perkhidmatannya, hampir setaraf yang pernah saya naiki di
Jepun dan UK. Malah ia mengunakan peralatan yang lebih canggih.
Di Malam Krismas, kami memilih
beberapa hadiah untuk MJJ yang bakal menyambut usia ke 64 tahun seminggu lagi.
Keesokan harinya menikmati roti
canai tidak jauh dari Sevila dan terjumpa Azizah London yang kini berniaga
pelbagai makanan di kawasan berdekatan rumah beliau.
Petang semalam juga ke rumah Anis
di Hulu Langat. Rumah agam yang cantik tersergam indah tidak jauh dari IKBN
Hulu Langat dikhabarkan akan dijual dengan harga seminoma RM2juta kerana beliau
ingin settledown di Johor yang berdekatan dengan saudara mara. Ingin juga turut
mengiklankannya kepada yang berminat yang punya keluarga besar.
Comments
Post a Comment