27112018: Besan balik dan besan pergi umrah
27112018:
Besan balik dan besan pergi umrah
Alhamdulillah semoga aura
tanah suci terus menyelubungi diri ini ke sana.
Terima kasih Dr. Zahari, Dr.
Sapiah dan Asraf sekembalinya dari mengerjakan umrah menggunakan Andalusia Travel. Sementara transit di KLIA
sempat kami berjumpa mendapatkan aura seterusnya mengirimkan pisang dan cruncy
nuts buat anak2 dan cucu nun jauh di mata.
Di hari yang sama juga
seorang lagi besan, Puan Rahimah akan turut mengejakan umrah menggunakan
Tiram Travel dan mengadakan
majlis doa selamat malam ini. Kami ke
sana dengan menaiki mycar kerana MJJ agak tinggi tekanan BP. Syukur dengan
kemudahan smartphone dapat digunakan untuk tujuan yang baik-baik.
Semoga
dipermudahkan segala
urusan Pn Rahimah di sana dan turut mendoakan kesihatan kami agar dapat turut
ke sana. Amiin
Comments
Post a Comment