28092018: Kesilapan teknikal pembelian tiket ke Yogjakarta



amalan menabung sedari kecil lagi


28092018: Kesilapan teknikal pembelian tiket ke Yogjakarta

Sudah hampir dua bulan MJJ menyatakan hasratnya untuk ziarah saudara mara sebelah arwah Hj.Jurami Abu Omar di Yokjakarta.  Di awal peringkat permulaan cadangan memang agak berat hati ini untuk mengikut atas pelbagai factor.  Walau bagaimanapun tiga minggu lepas terbuka hati ini untuk turut menemankan beliau setelah bersungguh-sungguh beliau menyatakan dan diselaraskan dengan  tarikh cuti Liyana.  Maka kami bersetuju untuk menemani. Sanak saudara di sana telahpun dimaklumkan.

Malangnya kelmarin setelah menyemak semula tarikh tiket yang dibeli adalah tidak selaras dengan tarikh percutian semester Liyana.
Setelah berbincang tentang pro dan con akhirnya keputusan keluarga MJJana ialah untuk meneruskan percutian bertiga bersama Liyana. 

Diringkaskan cerita untuk mengubah tarikh bagi membolehkan Liyana turut sekali, adjustment perlu dibuat di kaunter Air Asia samada di KL Central ataupun KLIA.  Sekiranya dibatalkan iaitu burn tiket liyana, kami akan kerugian RM600 dimanaLiyana tidak dapat turut serta. 
Apa boleh buat, mistake done. So, peringatan untuk semua bagi mengatasinya perlu lebih berhati-hati dilain kali.  Wang boleh dicari. Bagi mengelakkan kekecewaan berterusan kami bersetuju untuk menambah RM750 bagi bayaran pengubahsuaian tarikh bersesuaian dengan cuti Liyana bagi membolehkan kami pergi bertiga.
Pengajaran untuk semua. Antara wang dan perasaan mana lebih utama bagi family bonding.
Semoga semuanya ada hikmah disebalik kejadian dan kecuaian. 


Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang