27092018: Alter seluar dan pencopet di Warta Bangi

#togethertilljannah

(27092018: bersantai sebentar sementara meneman MJJ memantau tugas-tugas di sebelah rumah AMohid & K.Nor K.Darat)


27092018: Alter seluar dan pencopet di Warta Bangi

Dalam mengemas wardrobe hari ini, terjumpa berberapa pasang baju melayu MJJana dan anak-anak yang sedondon. Sejak berkahwin memang dari dahulu saya suka menyediakan pakaian baju melayu terutama untuk pakaian setiap kali merayakan Aidilfitri bagi memudahkan mengenalpasti anak-anak.

Boleh dikatakan semua warna pernah dipakai.  Kalau dulu mampu menjahit sendiri baju anak-anak kecuali baju MJJ.  Tapi sekarang disebabkan pelbagai kekangan dan kemudahan jualan pakaian siap yang lebih worth for money berbanding menjahit sendiri, kebanyakannya diperolehi melalui tempahan sahaja atau beli readymade.  Antara warna yang pernah dimiliki ialah Royal blue, pink, oren, turqouse, light purple, violet, peach, dark green, light green, yellow, grey, black, cream, kuning sami, kuning diraja rasanya semua ada. Yang belum ada ialah warna merah, putih dan beberapa warna campuran warna kedua.
Namun koleksi yang lama telah diberi kepada sahabat handai atau saudara mara kerana size badan anak-anak terumanya semakin membesar sedang baju-baju masih elok kerana boleh dikatakan dipakai semasa Aidilfitri atau majlis-majlis tertentu sahaja.


Kembali pada updating wardrobe….

Terdapat beberapa warna yang masih baik keadaannya dan saiznya masih boleh muat untuk MJJ, Syafiq, Hafiz dan Hazim dan yang terbaru ialah Zamri. Antaranya ialah Light purple, green, peach, cream dan royal blue. Setiap anggota lengkap punya warna itu yang ditempah semasa perkahwinan Kimah tahun 2013 dan warna semasa perkahwinan Hazim awal tahun ini.

Walau bagaimanapun terdapat beberapa helai seluar MJJ sudah tidak muat bahagian pinggangnya kerana berlaku perubahan struktrur pinggan kerana factor umur.  Walau bagaimanapun ia masih boleh di alter untuk mengelakkan pembaziran dan ia dipakai sepasang. 

Pertambahan size perut, menyebabkan terdapat 10 helai seluar yang tidak muat lagi, sedangkan baju masih boleh dipakai. Kalau dibiar, sayang membazir. Nak dibuang sayang nak hantar recycle rasanya kurang sesuai. Nak disedekahkan pada orang pun…kurang sesuai.
Mahu tidak mahu daripada membazir dan memerlukan ruang penyimpanan dan bakal jadi kurang bermanfaat, elok dialter. Insyaallah bila ada kelapangan hendak dihantar ke Tailor. Beliau tidak suka yang pinggang bergetah seperti mana fesyen anak-anak senang nak adjust.




Apabila mencatat tentang baju melayu ini juga saya teringat satu kisah pickpocket semasa saya membelibelah baju melayu di Komplek Warta di Bangi yang kini dikenali sebagai ……

Tahun 2000 sewaktu awal perpindaahan tugas di Putrajaya.  Semas aitu kami tinggal di Bangi dan Billion atau Warna menjadi kompleks membelibelah pilihan kerana banyak pilihan pakaian.

Dengan bertemankan tiga orang hero, Syafiq, Hafiz dan Hazim, saya leka memilih dan membelek-belek baju-baju yang digantung dan dalam sekelip mata saya terasa ada seorang lelaki sebelah saya memegang handbag saya.  Dengan langkah yangbegitu pantas, beliau terus berlaki apabila saya perasan yang handbag saya telah terbuka zipnya.  Saya lantas berlari dan cuba mengejar beliau dengna diikuti oleh tiga hero saya. Turun naik tangga berkejaran ke parking.

Merasakan kita tidak mampu menjejaki pencopet itu, saya mengingatkan anak-anak untuk berhenti berusaha mengejarnya. Baru tersedar betapa bahayanya anak-anak cuba mengejar pencopet dan tindakan mereka secara unplan tanpa memikirkan keselamatan.

Setelah melaporkan kepada bahagian keselatan Warta yang juga dimaklumkan memang kawasan itu selalu berlaku kejadian tersebut.

Seminggu selepas itu saya menerima dompet dan IC saya yang dipos ke alamat Bangi seperti yang tercatat di dalam IC.

Semoga ia menjadi ikhtibar untuk semua.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang