31082018: Happy Anniversary Zamri & Hakimah, Sayangi KeluargaKu

#togethertilljannah

(29082018: merasai raptai penuh sambutan kemerdekaan di Putrajaya, bawah pejabat KPDNK)

31082018: Sambutan Kemerdekaaan, ZamKima 5th wedding Anniversary 

Pejam celik pejam celik, dah lima tahun usia perkahwinan Zamri dan Hakimah. Semoga usia perkahwinan sentiasa bahagia hingga ke Jannah.  Dengan diseri dan diceriakan oleh dua orang cahaya mata, Ammar dan Zara.



Teringat celoteh Ammar yang suka bertanya dan akan terus bertanya selagi belum mendapat jawaban yang memuaskan.


“Sebab apa… kenapa…
Ammar dah pandai baca bahasa melayu
Ammar dah pandai baca bahasa Inggeris





"Ammar tak suka petik rambutan, susah, banyak semut, beli jer senang…" apabila ditanya.  Mungkin pengalamannya terjatuh dan digigit semut, semasa hendak petik rambutan dengan atok dan papanya, masih menghantuinya.

Bezanya budak sekarang apabila ada pilihan yang lebih baik.  Tidak seperti zaman kanak-kanak saya dahulu. Teringin makan rambutan, sanggup panjat dan memetik sendiri tanpa pemantauan dari ibu bapa memadai dengan abang dan adik-adik lelaki. Itu yang menjadikan diri ini kuat dan bersemangat. InsyaAllah.
Walau apa pun MJJ tetap menanam rambutan untuk dinikmati oleh adik-adik apatah lagi anak cucu. Semoga legacy ini diteruskan walaupun kami sudah tiada. Allahuakhbar.



Ammar...dan kesukaannya buah longan, sempena kelahirannya, 10072014,  kedua-dua atuk tanam pokok buah longan. 




Sementara  buah nona ditanam sebagai tanda tarikh kelahiran Zara pada 15082017. Pokok nona di Jerteh sudah tinggi. Namun pokok nona di Villa MJJana menunjukkan kebantutannya apabila dialihkan, mungkin terkejut kerana dilindungi pokok mempelam yang jauh lebih besar.

InsyaAllah kami akan beli lagi sepokok untuk ditanam ditanah yang bersesuaian. Kalau x boleh juga, mahu rasanya tanam pokok durian kerana Zara suka makan durian.







Bila ditanya  kenapa x panggil PAPA lagi, tapi panggil DADDY BUKU Peter n Jane, ‘ dia panggil Papa tu Daddy, katanya.

Bila dihidang ayam dan ketam, Ammar lebih suka makan CRAB. Buku Peter n Jane, tulis ketam tu CRAB


Sambil menonton live di TV sambutan kemerdekaan ke 61,  mengemaskini foto dan berita di fb dan blog yang telah tertinggal selama lebih kurang dua minggu.

Dua minggu lepas memang agak penuh segala pengisiaan kebetulan anak cucu balik.





Di hari yang bersejarah ini di mana semua rakyat Malaysia cuti meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke 61, ucapan Selamat menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan ke 5 untuk Zamri Zahari dan Nur Hakimah Maziah untuk.

Semoga hari-hari muka yang bakal dihadapi bersama keluarga yang semakin membesar dilalui dengan keceriaan dan terus bahagia bercinta hingga ke Jannah.
Amiin. 

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang