30082018: MJJ sebagai penceramah (Slot Bicara Tokoh) SK Kg. Endah




30082018: MJJ sebagai penceramah (Slot Bicara Tokoh) SK Kg. Endah

Semenjak menerima jemputan seminggu yang lalu, maka tertulislah artikel dibawah dan telah dihantar ke pelbagai group.

Seawal jam 8.00 pagi dengan berbaju batik, kebetulan hari Khamis, teringat zaman berkerjaya dahulu.






KEMERDEKAAN,  PERJUANGAN DAN PENGORBANAN

Erti Kemerdekaan

Dalam konteks negara, kemerdekaan membawa maksud negara bebas sepenuhnya daripada cengkaman penjajahan termasuk dari segi pentadbiran dan ekonominya.Negara dapat  ditadbir sepenuhnya oleh penduduk  @rakyatnya dan Sultan kekal di atas tahta sebagai pemerintah.



Kemerdekaan seharusnya membolehkan negara  daripada miskin boleh membangun ke arah negara yang maju. Kehidupan rakyat lebih  sejahtera, tidak dibelenggu ketakutan keganasan.Taraf sosio ekonomi  rakyat lebih baik, tidak lagi dalam putaran ganas kemiskinan.

Sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos diadakan pada setiap tahun sebagai memperingati dan menghayati pejuang-pajuang terdahulu yg menentang penjajah dan berkorban hingga mencapai kemerdekaan pada tahun 31Ogos 1957.

Sambutan Hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2018 merupakan sambutan yang ke 61.Tema sambutan yang dipilih adalah Sayangi Malaysiaku seperti di umumkan YAB Perdana Menteri selepas mesyuarat Kabinet pada 30 Mei 2018.

Penentangan ke atas Portugis dan Belanda

Melaka dibuka oleh Parameswa yg berasal dari Palembang Sumatera  sekitar tahun 1402 telah menjadi pusat perdagangan pada abad 15.Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Orang Melayu  Melaka bersenjatakan keris dan pedang tidak dapat menghalang serangan Portugis yg menggunakan senjata api. Portugis  bangsa Eropah pertama menduduki Melaka sehingga   Belanda  mengambilalih Melaka pada tahun 1641.

Orang Melayu Bugis beberapa kali menyerang Belanda di Melaka tetapi gagal.


Penguasaan British di Tanah Melayu

British mula campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu apabila Kedah menyerahkan Pulau Pinang kpd Inggeris pada tahun  1786 dan Johor menyerahkan Singapura kpd Inggeris pada 1819.

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824,memberikan jalan lebih mudah kpd British memberi tumpuan penguasaan ke negeri2 di Tanah Melayu. Melaka  diserahkan oleh Belanda kpd British. Pada tahun 1826 Pulau Pinang, Singapura dan Melaka yg diduduki British dikenali sebagai negeri2 Selat.

Pergolakan di negeri Melayu khususnya akibat perebutan tahta,huruhara memudahkan Inggeris campur tangan di Tanah Melayu. Bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 British  menempatkan Residen di Perak sebagai penasihat Sultan.Seterusnya Negeri2 Melayu yg lain juga menerima Residen Inggeris sebagai penasihat Sultan. Nasihat dan kehendak Residen termasuk dalam hal ehwal kutipan cukai perlu dipatuhi.

Sistem Residen ditentang

 Datok Maharajalela tidak berpuashati dan menentang Residen,berjaya membunuh JWW Birch,Residen pertama negeri Perak di Pasir Salak.
Penentangan ke atas Residen Inggeris juga berlaku di negeri2 Melayu yg lain.

Datok Bahaman dan Mat Kilau menentang Inggeris di Pahang.
Tok Janggut atau nama sebenarnya Hj Mat Hassan Munas menentang Residen Inggeris di Kelantan.Orang Melayu amat tidak puashati khususnya keatas kaedah kutipan cukai yg diperkenalkan oleh Residen yg amat menindas orang Melayu.Inggeris akan bertindakbalas atas setiap penentangan.Tok Janggut yg menentang Inggeris telah diburu dan dibunuh di Pasir Putih Kelantan.Mayat Tok Janggut  digantung terbalik beberapa hari di Kota Baru.

Kemasukan Orang China dan India

Semasa pentadbiran British di negeri2 Melayu, Inggeris membawa ramai orang China  untuk bekerja dilombong bijih dan orang India untuk bekerja di ladang getah dan kelapa sawit.Hasil keuntungan dibawa ke England untuk pembangunan negaranya.

 Orang Melayu  dengan ekonomi tradisi sebagai pesawah padi, penanam kelapa dan nelayan.

Askar dan Polis Melayu amat berani

Suasana dan kehendak semasa,
membolehkan British menubuhkan Rijemen Askar Melayu pada tahun 1933 dan melantik anggota polis dan pentadbir dalam kalangan orang2 Melayu. Mereka amat berdisiplin dan setia dibawah pentadbiran British.

Askar Melayu telah membantu British ketika menghadapi serangan Jepun .
 Lt Adnan dan anggota dibawah kepimpinannya telah menentang Jepun bermati2an sebelum kejatuhan Singapura .Mereka sanggup mati  enggan menyerah atau melarikan diri .

Penderitaan Rakyat dizaman Jepun

  Jepun menduduki Tanah Melayu 1942-1945 selama 3 tahun 8 bulan.Sepanjang pemerintahan Jepun rakyat amat menderita, hidup penuh kesukaran,kekurangan makanan,sukar mendapat beras. Ubi kayu, keladi dan keledek menjadi makanan utama. Tiada bekalan ubat,ramai rakyat jatuh sakit beri2.Tentera Jepun amat zalim,ramai penduduk diseksa dan mati dipancong atau ditangkap  dijadikan buruh paksa membina jalan keretapi di Thailand dan Burma.

Keganasan Komunis

  Jepun menyerah kalah 1945  secara mengejut apabila bom Atom dijatuhkan di Bandar Hiroshima dan Nagasaki.

Sebelum tentera British mendarat dan menduduki semula Tanah Melayu, pengganas Komunis telah mengambil alih pentadbiran selama 14 hari. Dalam tempoh tersebut Komunis bermaharajalela .
Ramai orang Melayu dan pemimpin kampung dibunuh dengan kejam .Orang Melayu yg dicurigai ditangkap dibawa dan diminta menggali lubang di pinggir hutan dan dipukul kepalanya, ditanam hidup2 dilubang yg digali.

 Penduduk kampung  sentiasa hidup dalam kebimbangan, anak isteri
bersembunyi dibawah lantai rumah bawah tanah dan ada pengawal kampung @homeguard.

Pemimpin Radikal diperalat Komunis

 Terdapat pemimpin2 dan orang Melayu yang menentang penjajah Inggeris secara radikal  seperti Rashid Maidin,Samsiah Fakeh, Mat Indera dan lain2 lagi. Malangnya mereka telah diperalat atau  bekerjasama dengan  Komunis .

1950 Muhammad Indera @ Mat Indera  mendapatkan kerjasama komunis melancarkan serangan keatas Balai polis Bukit Kepong Johor.Angota polis Melayu yg dipimpin oleh Sajan Hassan menentang serangan  dengan amat berani enggan menyerah hingga kehabisan peluru.Isteri anggota polis juga turut sama membantu.Amat sedih, Balai polis  dibakar,anggota polis dan keluarga terkorban dan  dicampak dalam api yang sedang marak .

Rundingan Baling gagal

Tengku Abdul Rahman mewakili Kerajaan British telah mengadakan rundingan dengan Cheng Peng pemimpin Parti Komunis Malaya(PKM) di Baling Kedah pada tahun1955.Rundingan tersebut gagal, komunis enggan menyerah. Komunis meneruskan perjuangan di dalam hutan, bergerak ke sempadan Thailand. Ramai pejuang askar Melayu,polis Melayu yg menjejaki komunis mati terkorban dan cacat anggota terkena jerangkap samar.

Kerajaan British mengistiharkan darurat.Penduduk kampung yg tinggal terpencil dipinggir hutan dipindahkan ke perkampungan baru.

Cadangan penubuhan Malayan Union ditentang

Pada tahun1946,British
mencadangkan penubuhan Malayan Union yg akan memberikan taraf  sama rata kepada semua penduduk yg tinggal di Tanah Melayu. Orang Melayu marah, Dato Onn Jaafar menubuhkan  UMNO di Istana Sultan Johor pada tahun 1946 menentang dan menggagalkan cadangan penubuhan Malayan Union .

UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC mewujudkan Perikatan.

Menuntut Kemerdekaan

Tengku Abdul Rahman dan rombongan telah berangkat ke London untuk mengadakan rundingan menuntut kemerdekaanTanah Melayu.
 Sebahagian dana pemergiannya adalah atas sumbangan pemimpin dan ahli UMNO  yg sama2 berjuang menuntut kemerdekaan.

31 Ogos 1957 negara mencapai kemerdekaan ,
Tengku Abdul Rahman Putra Al-Haj,Persiden UMNO telah dilantik sebagai Perdana Menteri Pertama.


Penulis:
Hj Muhamad Jasman Bin Hj Jurami @
MJJ, 29/8/2018

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang