29082018: Raptai penuh Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke 61
#togethertilljannah (29082018 Dataran Usahawan Putrajaya) |
29082018: Raptai penuh Sambutan Ulang Tahun
Kemerdekaan ke 61
Menonton siaran langsung melalui screen samada TV
atau monitor memang baik. Tetapi kepuasaan atau feeling terutama aura sesuatu
siaran itu amat berlainan berbanding sekiranya dapat ditonton secara live di
hadapan mata sendiri.
Merasai suasana kemeriangan, semangat patriotism dengan
sorakan para peserta sambutan hari kemerdekataan, rentak music dan dentuman das
tembakan serta deruman lintasan helicopter amat mengujakan.
Begitulah yang saya rasakan pada pagi ini. Kebetulan hari ini kami berada di Putrajaya
dan Dataran Putrajaya memang amat dekat dengan kediaman kami. Sungguh bersemangat peserta yang terlibat. Semangat yang pernah saya rasakan 20 tahun lepas sebagai salah seorang peserta mewakili JPM dalam perarakan hari kebangsaan.
Bersama Hidayah dan Zubaidah, turut berlatih hingga ke BTN Meru dengan uniform baju biru muda dan slack putih. Kini di usia lewat 50an hanya mampu memberi sokongan moral bagi mengimbau kenangan.
Seawal jam 8.00
pagi kami telah berada di lokasi berdekatan dengan office lama kami iaitu
KPDNKK dan UKAS di Menara Usahawan. Sambil bersembang dengan rakan-rakan lama,
seperti juga penonton lain, kami tidak melepaskan peluang berselfie dan merakam
video.
Amat mengujakan saya ialah setiap kali anggota
tentera yang berpakaian ala Rambo dan mendapat tepukan gemuruh. Begitu juga apabila beberapa jet pejuang
melintasi ruang udara di atas beberapa bangunan disepanjang Dataran. Dalam
keriuhan, air mata tetiba menitis terbayangkan zaman penjajah dahulu dan
keadaan di Negara luar yang kerap berperang setentunya bunyi sedemikian tidak
asing dalam kalangan rakyat Negara tersebut.
Bersyukur diri ini walau dalam pelbagai golakan
ekonomi, social dan politik masih dapat mengecapai kedamaian dan keindahan
Malaysia.
Sayangi Malaysiaku.
nostalgia:
gegaran bunyi heli membuat saya mengalirkan air mata, hanya Allah yang tahu...
nostalgia:
gegaran bunyi heli membuat saya mengalirkan air mata, hanya Allah yang tahu...
(foto-foto ada dalam album fb saya.)
Comments
Post a Comment