28082018: Keputusan CT Scan IKN dan Floria 2018
28082018: Keputusan CT Scan IKN dan Floria 2018
Penantian dua bulan kini terjawab. Bilik 1 Unit Oncology IKN dimana Doctor Shuhaida
memberitahu bahawa CT Scan yang dilakukan tempoh hari tidak banyak membantu
dalam mengesan punca dan adakah masih ada s sel2 cancer positif.
Walau bagaimanapun melalui ujian secara manual mendapati
berkemukinan terdapat ketul kecil di splint.
Walau bagaimana pun ia akan diuji lagi dalam tempoh dua minggu
lagi. Subhanallah. Ya Allah, jauhkanlah
diri ini dari sebarang ujian yang tidak mampu hambaMu lalui ini. Permudahkan
segala urusan dan semoga hambaMu ini diberi peluang untuk menunaikan
tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak.
Panjangkanlah umur ini dengan keadaan kesihatan yang baik untuk saya
melaluikan kebaikan dan ibadah.
Memandangkan MJJ pun turut melakukan pemeriksaan gigi
di Bangi dan Syafiq pula sebok dengan urusan pekerjaannya, maka hari ini saya
balik ke rumah dengan menggunakan khidmat MYCAR. Berkenalan dengan En. Zulkifli
(mantan anggota tentera) yang kini bertugas di bahagian keselamatan JPM.
Sedikit perkongsian akan saya tuliskan di lain ketika tentang “EGO” setelah
bersembang dengan beliau.
Bagi teraphy diri, pada sebelah petangnya kami ke
Floria Putrajaya 2018.
4 jam disana , terima kasih kepada MJJ yang seperti
biasa turut melayan karenah isterinya.
Kali ini kami secara santai menikmati keindahan
bunga-bungaan.
(Blok ini di update pada 29082018)
Kami sekali lagi singgah di Floria untuk melihat
beberapa lokasi yang tidak sempat kami berposing semalam. Sebenarnya terlalu
banyak tempat yang cantik-cantik dan tidak sempat dirakam.
Bongsai……umpamanya. Cantiknya kreativity pemiliknya. Indahnya ciptaan Ilahi.
Comments
Post a Comment