28062018 : Tahniah MPOB: elak pencemaran kebakaran
*Tahniah MPOB*
Jutaan tkasih dan setinggi tahniah atas inisiatif dan usaha murni Malaysian Palm Oil Board (MPOB) dalam program penanaman semula kelapa sawit dalam kalangan pekebun kecil persendirian.
Pelbagai bantuan telah diberi oleh MPOB kepada pekebun kecil persendirian termasuk sebahagian kos penebangan dan perbersihan, benih bermutu tinggi dan bekalan baja.
MPOB telah memberikan khidmat nasihat dari masa ke semasa dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhilitan.
Pekebun Kecil persendirian tidak dibenarkan mencemarkan alam dengan membuat pembakaran terbuka dan dikehendaki menghubungi Jabatan Perhilitan jika menghadapi masalah kehadiran binatang liar dan sebagainya.
MPOB juga telah berusaha
membangunkan Persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dalam kalangan pekebun kecil persendirian ke arah untuk meneruskan penanaman kelapa sawit tanpa menjejaskan alam sekitar.
Hakikatnya dengan pembakaran terbuka akan menjimatkan kos operasi penanaman kelapa sawit, menyuburkan tanah , memusnahkan
binatang dan
seragga perosak.
Namun demikian pekebun kecil persendirian pada masa ini tetap akur mematuhi kehendak Jabatan Alam Sekitar dengan tidak melakukan pembakaran terbuka yg boleh mencemarkan alam.
Malangnya dalam cuaca panas dan kering , tanaman kelapa sawit di tanah gambut amat berisiko kerana mudah terbakar,memusnahkan tanaman dan pekebun kecil persendirian menanggung kerugian.
Lebih mengecewakan sekiranya apabila berlaku kebakaran kebun sebagai suatu musibah , ianya masih dianggap kesalahan pekebun kecil persendirian pada pandangan Jabatan Alam Sekitar.
MJJ 28 Jun 2018
Comments
Post a Comment