29062018 : (Khamis): 16 syawal 1438H: ke Hospital Banting & bucida baru dan lama
29062018 : (Khamis): 16 syawal 1438H: ke Hospital Banting & bucida baru dan lama
Apabila
dapat menjalani ibadah puasa sunat 6 Syawal bersama MJJ, senang untuk merancang
pergerakan dan juadah.Itulah adat kehidupan suami isteri, semua aktiviti senang dilakukan atas persetujuan bersama.
Bersama
menguruskan adik-adik ipar ke Hospital Banting untuk follow-up bulanan. Saya
cuba menemui Doktor untuk bertanyakan tentang denyutan di belakang telinga
dibelakang kepala dan tengkuk. Hanya ubat tahan sakit sahaja yang diberi.
Harap-harap tidak melarat kerana telah hampir seminggu kesakitan dirasakan.
Semoga ianya hanya sakit biasa atau tegang urat akibat duduk terlalu lama di kereta sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Kuantan atau mungkin kurang exercise yang betul. Semoga ianya sekadar sakit biasa dan tidak memudaratkan.

Pada petangnya pula, Alhamdulillah
dengan bantuan jentolak Hussain dapatlah dua pokok bucida yang telah mati
digantikan dengan benih pokok baru.
Terima kasih MJJ kerana memenuhi kehendak isteri ini, bermula daripada
mencari pokok-pokok pengganti dari satu nursery ke nursery yang lain.
Akhirnya yang sesuai diperoleh dari nursery Kongkeow Kanchong Laut. Terima kasih juga kerana tidak menanam pokok gajus atau nangka yang telah dibeli benihnya untuk ditanam dilokasi itu namun atas pujukan isteri, Berjaya juga memujuknya agar menanam pokok-pokok itu di kebun lain.

Bayangkanlah kalau nanti kalau sudah rimbun dan besar pokok gajus itu, dahannya tentu menutupi jalan sementara nangka pula akan berbalut buahnya dengan plastic yang kurang sesuai untuk ditanam di hadapan rumah, di luar pagar. Lainlah kalau sudah tiada kawasan lain untuk di tanam.
Harap-harap
pokok pengganti ini dapat hidup sesubur empat pokok bucida yang lain yang telah
ditanam setahun yang lalu.
Comments
Post a Comment