30052018 : Liyana ke UIA .... muktamad



30052018 : Liyana ke UIA .... muktamad

Semalam seharian mencari pro n con...
samada meneruskan belajar setahun di Matrik dan kemudian melanjutkan ke peringkat ijazah ke mana-mana universiti di bidang pendidikan atau meneruskan asasi di UIA seterusnya menyambung ijazah pendidikan dalam bidang ekonomi dan pentadbiran.

Akhirnya setelah mendapat nasihat dan input daripada beberapa orang yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, Liyana telah membuat keputusan untuk berhenti daripada Matrik dan memilih UIA untuk pengajian di peringkat universiti.

Waima nak jadi apapun, yang penting ada pengetahuan dalam segala bidang agama, ekonomi dan kehidupan di dunia dan persiapan di akhirat. Ibu, ayah dan keluarga sentiasa merestui dan mendoakan yang terbaik.
Semoga menjadi anak yang berjaya dengan cemerlang di dunia dan diakhirat.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang