Posts

Showing posts from October, 2019

31102019 : darah muda

31102019 : darah muda Alhamdulillah, terkenang 20 tahun lalu, seksyen s5 bandar baru bangi.. Semalam, insiden hitam dalam kehidupan, Semoga Allah swt meringankan ujian buat diri ini.  Ambil ikhtibar dan jadikan ia satu pengajaran ke arah kehidupan yang lebih baik. 

30102019 : Piranha Family Day preparation

Image
Tuan Hj. Salleh, jiran berjogging sambil bersarapan 30102019 : Piranha Family Day preparation  Bersedia untuk membantu Piranha Swimming Academy untuk menganjurkan Family Day di Kelab Tasik Putrajaya pada 4 November 2019. Semoga usaha-usaha ini dipermudahkan dan mendapat rezekiyang melimpah ruah. Amiin

29102019 : Tadabuur alam di Morib bersama srikandi Kg. Endah

Image
 29102019 @08.30 - 10.30pagi : Tadabbur alam bersama srikandi Kg Endah dan Indah Perdana di Pantai Morib. Tahniah kpd penganjur dan sekalung penghargaan kpd Ust Samsiah di atas perkongsian ilmu. Alhamdulillah sesekali bersantai dan beridah di luar sambil menimba ilmu sekaligus picnic wanita. 😊 Rohana Sapie 29102019

28102019 : Cuti Depavali MJJana family bonding bersama Hapipah dan Habibah

Image
28102019 : Cuti Depavali MJJana family bonding bersama Hapipah dan Habibah Sempena cuti Depavali tahun ini, Liyana mendapat cuti semmester seminggu. Sebelum ini kami merancang untuk ke Kuala Krai melepaskan rindu dengan keluarga Zam dan ke Jerteh ziarah besan. Kami berhasrat untuk pergi melalui jalan Gua Musang, dijangka dapat singgah berjumpa Seri dan Shidah dan baliknya pula singgah di Kuantan atau Temerloh. Rancangan ini juga dibuat secara santai kerana bergilir-gilir pilot. Walau bagaimanapun atas faktor musim hujan dan kebebetulan pula Habibah & Hapipah tidak cuti lama., sehingga hari Selasa sahaja. Oleh itu tidaklah dapat kami membawa mereka dan rancangan itu dibatalkan. Justeru itu kami pun mmembawa mereka untuk makan-makan kawasan berdekatan sahaja di Chaiwala. Kebetulan hazim dan Hafiz dengan pasangan masing-masing balik. Seronok dapat menikmati juadah yang dimasak bersama khususnya steam fish oleh Normala.  Alhamdulil

27102019 : Jemputan Guru oleh pelajar MJJ SMKTD 1976

Image
27102019 : Jemputan Guru oleh pelajar MJJ SMKTD 1976 Menemani MJJ ke Majlis High Tea anjuran peljar-pelajar SMKTD 1976-80. Happening sungguh. Sekalung tahniah untuk semua AJK yang menganjurkannya, nampak meriah, hapenning. Walaupun kami sampai agak lewat kerana urusan keluarga dan menghadiri majlis perkahwinan di rumah Kusnan (roti canai), meja kami masih dikosongkan. Alhamdulillah dapat bersilaturrahim dengan puan Komariah, GB SKKE dan beberapa orang pelajar MJJ yang pernah ditemui sebelum ini. Selesai acara cabutanbertuah yang diselangselikan dengan nyanyian, majlis diakhiri dengan bersalaman antara pelajar dan guru-guru dengan berlatarbelakangkan lagu oleh salah seorang pelajar. Sebak seketika mendengar lyrik lagu tersebut. Semoga usaha ini mendapat keberkatanNya demi ukhwah bersama.
Image
26102019 : nasi ambeng USIM di Masjid AtToyyibin dan Bengkel / resepi mee kuning PWB Sesudah subuh, meneruskan aktiviti di Masjid AtToyyibin bersama jiranita IP dan anak-anak dari USIM. Selepas bersarapan, kami merewang sambil membawang (menyelitkan pengalaman menguruskan Sekretariat Pencegahan Rasuah semasa berkhidmat di Bahagian Pendidikan SPRM tujuh tahun lalu. Kebetulah ada seorang mahasiswa yang pernah terlibat dalam SPR di USIM yang turut menyertai program ini. Seronok melihat anak-anak, ini sopan, lemahlembut, islamic, energertic belajar memasak nasi ambeng dengan diketuai oleh Ustz Sriani. 15 orang kesemanya dan tiga orang terlibat dalam mural khat. Sementara menunggu nasi ambeng disiapkan, saya dan Ruby serta Kak Mah join Bengkel membuat mee kuning anjuran PWB. Terkenang membuat mee kuning bersama arwah mak. Semasa itu mesin mee berharga RM70, puas jugalah mengunakan mesin itu termasuk membuat doh karipap. Walau bagaimanapun tahap kesihatan kerana berdir

26102019 : nasi ambeng USIM di Masjid AtToyyibin dan Bengkel/ resepi mee kuning PWB