Posts

Showing posts from August, 2019

31082019 : *KEMERDEKAAN DAN PENGORBANAN, SIAPA PEJUANG SEBENAR nukilan MJJ

Image
*KEMERDEKAAN DAN PENGORBANAN, SIAPA PEJUANG SEBENAR nukilan MJJ *Erti Kemerdekaan* Dalam konteks negara, kemerdekaan membawa maksud negara bebas sepenuhnya daripada cengkaman penjajahan termasuk dari segi pentadbiran dan ekonominya.Sultan kekal di atas tahta  dan negara dapat  ditadbir  oleh rakyat sepenuhnya. Kemerdekaan  membolehkan rakyat bebas daripada belenggu penderitaan, kemiskinan, kebimbangan, ketakutan dan keganasan.Rakyat hidup aman sejahtera, negara daripada  mundur membangun ke arah negara  maju dan bermaruah. Taraf sosio ekonomi  rakyat bertambah baik, boleh beramal soleh mampu mengerjakan haji dan umrah . Sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos diadakan pada setiap tahun sebagai memperingati dan menghayati pejuang-pajuang terdahulu yg menentang penjajah dan berkorban hingga mencapai kemerdekaan pada tahun 31Ogos 1957. Sambutan Hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2019 merupakan sambutan yang ke 62 diadakan di Putrajaya denganTema sambutan  'Sayangi

30082019 : Khamis : Along jadi nenek dan urutkaki Faizul Tahroji, petik pulasan dan ke EVO Perlunya perancangan awal - dinner di Bangi Village

Image
30082019 : Khamis : Along jadi nenek dan urutkaki Faizul Tahroji, petik pulasan dan  ke EVO dan perlunya perancangan awal Village View Restorant Membantu urusan memetic pulasan. Hasilnya dapat dinikmati hingga ke keluarga Along Sani, Prof Mazlizam, Kak Yam dan keluarga. Kami berkumpul di rumah Syafiq  untuk mala mini dan malam esok. Persiapan untuk ke UIA Gombak LIyana. Malam semalam mendapat urutan kaki oleh anak saudara, Faizul Tahroni. Terasa sakit di tapak dan macam bengkak di bahagian atasnya. Harap-harap bukan kesan operation clearance lymph nodes tempoh hari. Ya Alllah, hindarkan diriku dari sebarang penyakit berbahaya. Cakap biar jelas. berterus terang Inilah akibatnya bila tidak cukup perancangan dan communication break down. Akibatnya, inilah dia, setelah sekian lama, disinilah kami Village View di Bangi. Semua makanan yang ditempah tidak kena tekak. Alhamdulillah, nasib baik ada ikan hidup.

29082019 : still updating Along jadi nenek dan urutvkaki faizul tahroji

Image

28082019 : still updating - urutan Faizul Tahroji

Image

27082019 : stil updating Print blog di Piranha Swimm Akademi office

Image

26082019 : still updating, laksa sedap di Dayang Sarawak Presint 15 Putrajaya

Image

25082019 : still updating wedding Adida Baraombak Marina, meriah dan makanan sedap

Image

24082019 : wedding Saparin dan Hj Ibrahim blik haji

Image
24082019 : wedding Saparin dan Hj Ibrahim blik haji Alhamdulillah, setelah hampir 50 tahun tidak berjumpa, hari ini Puan Miskinah dan Zaiton, kawan persekolahan SKKD Darjah 1-6 datang kerumah. Selepas itu kami ke rumah Saparin, menyantuni majlis perkahwinan dua orang anak lelakinya. Alhamduillah syukur masih di beri peluang.  Pada petangnya pula menyantuni majlis tahlis di rumahTuan Hj. Ibrahim dan Kak Hasnah yang baru pulang haji. Syukur nampak sihat. Kisah pos gambarku yang duduk, macam tuan rumah. Terlalu gembira sehingga tidak mengikut protokol. PROTOKOL ke tu. Apa yang penting.... kita happy.

23082019 : Sekitar Bangi Butique Bintu dan Restoren Cik Ri Sahara

Image
23082019 : Sekitar Bangi Butique Bintu dan Restoren Cik Ri  Saharan Cik Ri Sahara Rasanya last shopping baju semasa di Shah Alam selepasa mesyuarat KOSAS. Tetiba kali ini sementara menunggu Liyana melakukan skincare bersama ayahnya sempat singgah ke butique Bintu.  Unique sungguh namanya. boleh tanah fesyen dan harganya. Alhamdulillah. Sebelum itu kami singgi ke rumah Hajah Rohani Kadir menitipkan sedikit rambutan dan buah kelapa kerana beliau tidak dapat turut perjumpaan diVilla MJJana tempoh hari. Comeuy set meja putih yang sehingga kini susah nak dapat kerana dikatakan stok lama. InsyaAllah akan diusahaja.  Lunch kami di Restoren Cik Ri Sahara. Alhamdulillah,, sedap esp mee goreng, menepati selera kami. Semoga terus success.

22082019 : Wafa dan Mastura kawan Ammar, w yam kepingin pulasan dan kisah cendawan

Image
22082019 :  Wafa dan Mastura kawan Ammar,  w yam kepingin pulasan dan kisah cendawan Singgah di PASTI ArRidzwan untuk menghantaa roti kaya seperti yang dijadualkan untuk giliran ibu bapa. sedih berjumpa kengkawan Ammar, Wafa dan Mastura serta ketiga-tiga gurunya khususnya cikgu Norlee. Tapi apakan daya usaha dan untu kebaikan semua. 22082019 :   w yam kepingin pulasan dan kisah cendawan Dimaklumkan oleh Syafiq tentang kisah Wak Yam yang teringin pulasan, pagi ini kami menghantarkannya ke rumah. Alhamdulillah setelah hampir dua bulan tidak bertemu beliau, dapt melepaskan rindu terhadap Kakak kandungku. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan rawatan cucian buah pinggang di hospital serdang (cucian  darah) Beliau nampak ceria bila mengatakan ingin berniaga cendawan setelah pindah ke Indah PErdana selepas Nina bernikah pada 5 Oktober 2019 nanti. Sungguh bersemangat. Alhamdulillah Sempat juga beliau bercerita pengalaman di hospital setiap kali mela

21082019 : Rabu = mesyuarat JENAN Projek infak asnaf seluruh Malaysia

Image
21082019 : Rabu = mesyuarat JENAN Projek infak asnaf seluruh Malaysia Menyantuni kawan-kawan MJJ dari JENAN. Setelah dirancang sekian lama, mereka mengadakan mesyuarat di rumah kami untuk menjayakan Infak ke seluruh Malaysia. Alhamdulillah semoga di permudahkan dan diberkati niat murni mereka. Menu: Nasi ambeng, apam kacang merah, kek lapis gambir Air kelapa, air nenas, sirap selasih, air markisa Di tambah rezeki oleh Kak Rahmah Sg. Lang Cendol, tapai, nangka. Alhamdulillah

20082019 : Onco IKN n klinik pr11 prosedur ambil darah cancer kolorectal

Image
20082019 : Onco IKN  n klinik pr11 prosedur ambil darah cancer kolorektal Alhamdulillah walaupun dalam kesebokan, Syafiq masih boleh meluangkan masa menghantarku ke klinik Pr11 untuk ambil darah dana urine, prosedur untuk cancer kolorektal. Follow up di IKN. Menurut doktor... tiada istilah FREE FROM CANCER Yang utama monitor dan teruskan followup. Subhanallah Ya Allah permudahkan urusanku.  Kuatkan lah diri ini menghadiri ujianMu. Semoga diri ini terus muhasabah dan sentiasa bersedia membuat persiapan akhirat. 

19082019 : Ammar tidak sambung persekolahan Semester ke3di PASTI dan kerja-kerja pembersihan

Image
18082019 : Ammar tidak sambung persekolahan Semester ke3di PASTI *AMMAR DANIEL BIN ZAMRI* Serba salah, Ibarat _ditelan mati emak diluar mati ayah_ Antara alam persekolahan dan kasih sayang ayah bonda dan adik beradik.. Dilema yang melanda Ammar Daniel bin Zamri di usia lima tahun. Hampir empat bulan berjauhan dari ayah bonda, berpisah sementara demi menimba ilmu dan meneman datuk dan neneknya, kini sekadar menyimpan kenangan suka duka dalam memori hidupnya, 18.4.2019 Hari pertama melangkahkan kaki ke PASTI ArRidzwan Kg Endah, Minggu pertama pelbagai drama air mata terjadi hampir  setiap pagi sebelum ke sekolah, Minggu kedua begitu teruja, untuk ke sekolah, kawan-kawan yang serasi dengannya menjadi inspirasi dan motivasi diri, Punya watak yg agak kontra, pendiam di sekolah tidak seperti di rumah, Begitu memilih dalam mencari teman akrab,  Irfan Naufal, Fawaazz, Mohd. Alif antara nama-nama teman yang kerap disebut-sebut sekembalinya dari sekolah, Setiap hari berta