Posts

Showing posts from May, 2019

31052019 : Hani semakin membesar, turns 1 month

Image
31052019 :  Hani semakin membesar, turns 1 month Alhamdulilah, dalam bersaing berebut susu, bertambah sihat dan ceria Hani. Zara pun semakin merasakan kehadiran sebagai kakak, anak sapean apabila mummy terpaksa memberi tumpuan kepada Hani. Alhamdulillah, nikmat apa lagi yang kau dustai. Seronok melihat pembesarkan baby. teraphy. Terima kasih Zamri dan Hakimah. Aktiviti Ammar Daniel apabila Qisti dan Amani datang.

30052019 : MJJ dan Hafiz jemput liyana last dari Kuantan dan sesekali shopping seorang

Image
30052019 : MJJ dan Hafiz jemput liyana last dari Kuantan dan sesekali shopping seorang Alhamdulillah, berbekalkan semangat, kukuatkan kaki ini untuk membeli belah sedikit keperluan Hari Raya. Bukanlah nak sangat membeli baju untuk diri ini, tapi lebih kepada cucu-cucu bagi teraphy diri. Kalau dulu bersemangat sungguh persiapan menyambut raya. Tapi kini semuanya sudah berlalu. Semoga ia dapat menjadi teraphy diri ini. Alhamdulillah. Hari ni hari terakhir pengajian Liyana foundation selama setahun di UIA Kuantan. Alhamdulillah selesai dan akan bercuti sehingga September untuk meneruskan pengajian ke peringkat ijazah. Pengajian seterusnya ialah di Gombak. Tidaklah sejauh Gombak, lebih kurang 3 kali ganda lebih dekat. Walau bagaimanapun atas beberapa kekangan hari ini Syafiq tidak dapat meneruskan hasratnya untuk menjemput Liyana. Mahu x mhu MJJ terpaksa menjemputnya bersama anak yang lain. bergelongsor anak cucu

29052019 : Ammar ke dentist dan Hani monthly checkup

Image
29052019 : Ammar ke dentist dan Hani monthly checkup Kerap makan gula-gula dan ada kala terlupa gosok gigi, inilah akibatnya. Tapi tidak mengapa, sekurang-kurangnya ia menjadi contoh bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk orang lain. Yang bagusnya Ammar ini berani jumpa dentist, walaupun takut pada darah dan geli pada luka-luka. Yang paling best geli pegang ketiak dan basuh najis. huhu, ...sampai bilalah bocah cilik ini berperwatakan sebegini. Ada kala perangai dan tingkahlakukunya seperti kanak-kanak seusia lain. Sesekali mengajuk-ngajuk seperti bocah cilik dan ada kala berfikiran matang dan mampu membuat kita terasa tersipu-sipu malu serta mengikut nilai-nilai murni beliau. Memang sungguh seronok dan mengujakan melihat tumbesaran beliau. Ini yang sampai ada kalanya suara Nekna kedengaran bukan sahaja hingga ke rumah Mimah, jiran sebelah tapi jiran berbelah-belah... Begitu juga suara Liyana Cuma si Liyana tu jenis yang suka menyakat. Kehidup

28052019 : Ammar mewarna bersama MCS College, Masjid Attoyibbin

Image
28052019 : Ammar mewarna bersama MCS College, Masjid Attoyibbin Sebagai exposure dan kebetulan hari ini jadualku agak lapang. Oleh itu kami bawa tiga beradik ini ke Masjid At Toyibbin untuk menyertai aktiviti. Selesai mewarna kami segera balik. Kami perhatikan sahaja gelagatnya. Berani juga dengan dikelilingi oleh teman-teman baru yang beliau belum biasa. Kelihatan juga beberapa pelajar College tersebut yang berbangsa asing yang turut serta. Turut beramah mesra dengan mereka. Teringat era berkerjaya berususan dengan pelajar IPT. Sekretariat Pencegahan Rasuah Malaysia. Semoga usaha SPRM melalui Cawangan Pendidikan terus berbakti kepada rakyat melalui saluran pelajar menjalankan aktiviti pencegahan rasuah.

27052019 : dr. tan dentist p18 bridge opening, ammar jumpa dentist

Image
27052019 : dr. tan dentist p18 bridge opening, ammar jumpa dentist Hari ini sampai masa dan ketiga untuk bridgeku ditanggalkan. . Setelah hampir 30 tahun ia berbakti menggantikan gigi yang telah rosak dan dicabut. Salah satu nikmat gigi yang perlu disyukuri. Dr. Tan yang begitu berbudi bahasa, cantik susunan kata-katanya dan kerap menalefon setiap kali tarikh rawatan dibuat. Kagum juga dengan tingkah lakunya. Malangnya urusan membuat akar gigi tidak dapat dilakukan kerana telah reput dan beliau merujukkan saya ke Hospital untuk pembedahan gusi membuat akag lebih kurang 1 cm sahaja. Redholah, semoga dipermudahkan dan kurangkan kesakitan. Dalam masa yang sama MJJ mengurusakan Ammar untuk rawatan.

26052019 : Ammar ke dentist P18C dan Banting

Image
26052019 : Ammar ke dentist di Klinik Pergigian Banting Melentur buluh biar dari rebungnya. Memandangkan terdapat beberapa gigi susu Ammar berlubang dan rosak sebelah atas, ia perlu dijaga sehingga gigi kekal tumbuh. Agak terlalu awal giginya rosak, mungkin salah satu sebab banyak sangat makan gula-gula dan lupa hendak membersihkan sebelum tidur. Semoga ia menjadi satu pengajaran untuk semua pembaca. Ammar ni walaupun ayah dan datuk neneknya berkerjaya doktor, namun agak takut dengan darah. Jenuh juga memujuknya rawatan gigi tidak keluar darah. Bila diberitahu punca dan kesannya, Alhamdulillah beliau mudah faham. Cucu yang baik dan bijak. Alhamdulillah atas nikmatMu Ya Allah.

25052019 : Telatah Ammar di kereta

Image
kala 25052019 : Telatah Ammar di kereta Sepanjang perjalanan walau ke mana sahaja sentiasa cerita dengan celoteh Ammar. Ada sahaja ceritanya. Di usia empat tahun, kata-kata yang keluar ikhlas dari hatinya sentiasa menggambarkan ketulusan dan naivenya kanak-kanak. Seronok menjaga dan berkawan dengannya. Namun dalam usia seawal itu semua ayat tersusun mengikut buku atau bahasa TV. Antaranya: Atok pandu perlahan sahaja supaya kita semua selamat. hehe....bocah cilik.. Dalam kereta pun x perlu risau untuk child lock. Tetapi ada juga kalanya buat hal bila sudah terasa jemu. Oleh itu bertemankan video, sign language, dapat juga belajar bahasa inggeris. Dan satu lagi sekiranya sudah terasa jemu, mula buat hal bercerita dengan bayangan imaginasi kartunnya. Jika lasak sangat dan tidak guna tali pinggang kledar, perlu ditakutkan dengan polis di jalan.

24052019 : Majlis Berbuka PASTI ArRidzwan Kg. Endah

Image
24052019 : Majlis Berbuka PASTI ArRidzwan Kg. Endah foto di album fb Berkesempatan bersilatulrahim dengan penjaga dan ibu bapa PASTI mewakili Zamri dan Hakimah. Ammar amat teruja apabila Tok Man turut dijemput untuk menyampaikan sumbangan raya. Alhamdulillah, ketahuilah bahawa tidak semua rezeki yang kau terima ada juga rezeki orang lain, tentunya.

23052019 : Ammar dan Zara membantu penyediaan karipap

Image
Sejak "nyanding putu" terasa meriah semua sudut Villa MJJana khususnya ruangan dapur. Hampir setiap hari ada sahaja juadah baru atau lama akan tersedia. Karipap, antara menu kegemaranku dan hari ini bersukaria bersama Ammar dan Zara. Semoga apabila balik ke K.Krai nanti dan apabila dewasa mereka ringan tulang membantu mummy di dapur. Seperti kata Ammar. Masa ini cita-citanya nak jadi Chef.   Chef Ammar, masak dengan penuh kasih sayang.    Zara dokong Hani sebulan yang lalu 23042019

22052019 : kucing jumpa owner, Qisti dan Ammar

Image
22052019 : kucing jumpa owner, Qisti dan Ammar Aku memang penggemar kucing. Teringat kucingku ABU dan DOLLY. Selain mengingati anak cucu bahawa kucing adalah binatang kesayangan Nabi Muhamad SAW, kucing juga pembawa rezeki dan mengurangkan pembaziran makanan. Oleh itu kucing-kucing yang kerap di buang di kawasan Villa MJJana akan datang ke dapurku.   Masa inilah untuk aku berbudi dan bersedekah dengan memberi bukan sahaja makanan lebihan. Tu pun kalua tiada makanan ikan yang segar baru digoreng. Biasanya makanan yang kumasak untuk menu dua pax memang sentiasa lebih, itulah rezeki kucing namanya. Semalam datang dua ekor kucing. Pada pengamatan saya kucing itu bukan stray cat tapi kucing belaan. Oleh itu melalui chanell Whatssapp, kuiklankan foto kucing itu. Alhamdulillah ada yang menuntut. Maaf kerana aku tidak mampu menjaganya. Sekitar foto di SSF ketika lawatan ke SSF dulu YAOHAN. Hari ulang tahun kelahiran buat anak keduaku MUHAMMAD SYAFIQ HAKIMI. S

21052019 : Hani dan onking aircond family hall

Image
21052019 : Hani dan onking aircond family hall Semenjak cucu-cucu di Villa MJJana , ruangan keluarga sentiasa penuh. TV pun sentiasa aktif dengan pelbagai program dan Ammar yang mengawal remote. Selama ini hanya berita atau channel TV9 Hijrah. Dengan itu seunit aircond telah dipasang untuk keselesaan kami. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki dan nikmatNya. Sambil memangku dan melihat tumbesaran Hani,

20052019 : Telatah dua orang cucu perempuan Zara dan Hani

Image
20052019 : Telatah dua orang cucu perempuan Zara dan Hani  Seronok Nekna dengan dua orang penglipur lara ini. Seorang, sikenit Zara kemayu. si Hani pula bambam. Rasa-sama kalau tiga tahun lagi Hani nampak lebih besar dari Zara. Apa-apa pun seronok si nenek bershopping baju-baju untuk mereka. Semoga menjadi cucu-cucu yang soleha dan pandai menjadi abang Ammar yang banyak songelnya tapi amat baik dan bijak. Itulah telatah cucu-cucuku. Kisah Zara jaga Hani, prihatinnya seorang kakak Love forever from sister... semoga jadi kakak yang bertanggungjawab pada adikadik.. Alhamdulillah

19052019 : sambut menantu Normala 040520198 sekaligus dengan Majlis cukur jambul Hani

Image
19052019 : sambut menantu Normala 040520198 sekaligus dengan Majlis cukur jambul Hani Terima kasih kepada wakil keluarga Normala atas kesudian datang ke majlis pada 4hb Mei tempoh hari.

18052019 : rumput mutiara rumput kapet

Image
18052019 : rumput mutiara rumput kapet Antara rumput mutiara atau rumput carpet. Mengikut undian kedua-duanya perlu. Rumput carpet di kawasan panas dandisusun seperti padang bola untuk family bonding. Rumput mutiara jepun di kawasan redup kerana justifikasinya tersendiri. Alhamdulillah 90% telah ditanam oleh KOKON, warga bangla dan selebihnya MJJ akan tanam secara santai. Sikit sikit lama-lama jadi bukit.

17052019 : Ammar terima piano dan scooter post shoppe

Image
17052019 : Ammar terima piano dan scooter post shoppe Begitu teruja menerima kiriman dari mummy. Sebuah scooter dan piano key board. Gembira memerhati telatah si Penglipur Laraku. Tidak menyempat tukar baju balik dari sekolah. Kegembiraan yang tidak tergambar