Posts

Showing posts from June, 2018

30062018 : (Sabtu): 17 syawal 1438H: Full event dengan wedding dan open house

Image
30062018 :   (Sabtu): 17 syawal 1438H: Full event dengan wedding dan open house Alhamdulillah dapat memenuhi 90% rancangan jemputan. 1.     Wedding di kg. Endah, jiran sekampung 2.     Wedding Puan Hamidah Daud, gang SKKD 3.     Open House Puan Paridah di Sek. 24 Shah Alam 4.     Open house Hj. Jasimin Jurami di Bukit Kapar 5.     Wedding Lili, Bukit Kapar 6.     Open house Mbah AmeeraTanjung Karang, Open house YBPSRPM, YB Dato Jamidan Ahmad di Pinggiran Putra. Namun tidak sempat pergi kerana kesuntukan masa dan keletihan.

29062018 : (Khamis): 16 syawal 1438H: ke Hospital Banting & bucida baru dan lama

Image
 29062018 : (Khamis): 16 syawal 1438H: ke Hospital Banting & bucida baru dan lama Apabila dapat menjalani ibadah puasa sunat 6 Syawal bersama MJJ, senang untuk merancang pergerakan dan juadah.Itulah adat kehidupan suami isteri, semua aktiviti senang dilakukan atas persetujuan bersama. Bersama menguruskan adik-adik ipar ke Hospital Banting untuk follow-up bulanan. Saya cuba menemui Doktor untuk bertanyakan tentang denyutan di belakang telinga dibelakang kepala dan tengkuk. Hanya ubat tahan sakit sahaja yang diberi. Harap-harap tidak melarat kerana telah hampir seminggu kesakitan dirasakan.  Semoga ianya hanya sakit biasa atau tegang urat akibat duduk terlalu lama di kereta sepanjang perjalanan pergi dan balik ke Kuantan atau mungkin kurang exercise yang betul. Semoga ianya sekadar sakit biasa dan tidak memudaratkan. Pada petangnya pula,  Alhamdulillah dengan bantuan jentolak Hussain dapatlah dua pokok bucida yang telah mati digantikan dengan benih p

28062018 : Tahniah MPOB: elak pencemaran kebakaran

*Tahniah MPOB* Jutaan tkasih dan setinggi tahniah atas inisiatif dan usaha murni Malaysian Palm Oil Board (MPOB)  dalam program penanaman semula kelapa sawit dalam kalangan pekebun kecil persendirian. Pelbagai bantuan telah diberi oleh MPOB kepada pekebun kecil persendirian termasuk sebahagian kos penebangan dan perbersihan, benih bermutu tinggi dan bekalan baja. MPOB telah memberikan khidmat nasihat dari masa ke semasa dengan kerjasama  Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Perhilitan. Pekebun Kecil persendirian tidak dibenarkan mencemarkan alam dengan membuat pembakaran terbuka dan dikehendaki menghubungi Jabatan Perhilitan jika menghadapi masalah kehadiran binatang liar dan sebagainya. MPOB juga telah berusaha membangunkan Persijilan Malaysian Sustainable Palm Oil (MSPO) dalam kalangan pekebun kecil persendirian ke arah untuk meneruskan penanaman kelapa sawit tanpa menjejaskan alam sekitar.  Hakikatnya dengan pembakaran terbuka  akan menjimatkan kos operasi  penanaman kela

27062018 : (Rabu) 14 syawal 1438H: Ida dan spa di Villa MJJana - still updating

 27062018 : (Rabu) 14 syawal 1438H: Ida dan spa di Villa MJJana a Ekoran daripada kesakitan yang berterusan dan telah melebihi sebulan tidak membuat urusan seluruh anggota badan, hari ini saya memanggil Ida datang ke rumah untuk memberi perkhidmatannya. petikan.

26062018 : (Rabu): 13 syawal 1438H: Qisti dan baju raya: still uploading

26.06.2018 (Rabu): 13 syawal 1438H: Qisti dan baju raya Ain, Qisti dan Amani datang beraya. Baju raya Pakai baju raya suka dan dapat merasakan keceriaannya.

25062018 : (Isnin) 11 syawal 1438H: Singgah di Temerloh, Yusri

Image
25062018 : (Isnin) 11 syawal 1438H: Singgah di Temerloh, Yusri LAGI FOTO DALAM ALBUM: 11 Syawal 1439H   facebook saya Gulai ikan patin menyengat oleh M.Yusri Marjan. Harap-harap satu hari nanti saya boleh turut menikmati keenakan ikan patin. InsyaAllah Mula berpuasa enam.    Semoga Diberi kekuatan. balik putrajaya.   Hazim dan Ameera terus ke Melaka. Kami balik Banting.   Sebelum itu sempat singgah Dossert Hotel melihat suasana yang diiklankan di fb.

24062018 : (Ahad) 10 syawal 1439H: Liyana daftar UIA Kuantan

Image
24062018 : (Ahad) 10 syawal 1439H: Liyana daftar UIA Kuantan LAGI FOTO DALAM ALBUM: 10 Syawal 1439H   facebook saya Sr untuk Sister??? Daiso.. Hari baru untuk Liyana sebagai pelajar foundation di UIA.   Selamat belajar dan semoga selesa dan dapat memberi tumpuan sebagai pelajar.

23062018 : (Sabtu) 9 Syawal 1438H: Bukit Tinggi otw ke Kuantan

Image
 23062018 :  (Sabtu) 9 Syawal 1438H: Bukit Tinggi otw ke Kuantan LAGI FOTO DALAM ALBUM: 9 Syawal 1439H   facebook saya Di peringkat awalnya Hafiz bersetuju untuk join kami menghantar Liyana UIA. Namun apabila Hazim dan Ameera boleh adjust cuti, dan memandangkan hanya satu sahaja kenderaan yang digunakan, Hafiz tidak join kami. Oleh itu jam 8.00 pagi kami mula bertolak dari Putrajaya.  Kami merancang untuk singgah di Bukit Tinggi untuk melihat dan survey tempat peranginan di sana untuk percutian berasma keluarga satu hari nanti. Pada petang itu kami sempat ziarah silatulrahim ke rumah besan Rozita, sepupu saya dari waris KHAJ yang tinggal di Kuantan juga Hashim, anak mantan boss saya semasa di Bahagian Pendidikan Masyarakat, SPRM, Dato’ Moh. Beliau juga saya kenali semasa terlibat dalam program anak angkat SPRM pada tahun 2006 di SMK Presint 8C, Putrajaya. Juga kami survey beberapa tempat di UIA sebelum pendaftaran esok.    

22062018 : 8 syawal 1438H: Open house untuk Jiranita dan Liyana test JPJ

Image
22062018 : 8 syawal 1438H: Open house untuk Jiranita dan Liyana test JPJ LAGI FOTO DALAM ALBUM: 8 Syawal 1439H   facebook saya LAGI FOTO DALAM ALBUM: 8 Syawal 1439H    facebook saya Terlanjur berada di Putrajaya, saya ambil kesempatan ini untuk berjumpa dan sembang santai bersama Jiranita P18C dan Putrajaya dengan menjemput mereka k rumah. Terima kasih kepada tetamu yang sudi datang dan terubat sedikit kerinduan. Alhamdullilah juga kerana mendapat hadiah yang begitu istimewa hari ini.    Tambahan pilot dalam keluarga kami, Liyana lulus ujian lesen kereta auto. Tahniah Liyana.