Posts

Showing posts from May, 2018

31.05.2018: hydrangeas idaman hati

Image
31.05.2018: hydrangeas idaman hati Insya Allah satu hari semoga hydrangeas ini menjadi seperti gambar di atas.  Teringat pokok jenis ini yang subur di sekitar rumah En. Aziz dan Kak Fatimah, ibu Fahmi dan ibu mertua Ana di Aukland New Zealand. Juga di puncak bukit Aberrystwyth, Wales. Semua tinggal kenagan pahit manis di sana. Insya Allah jika Diizinkan, diberi kesihatan, sampai lagi saya ke sana dan ingin pergi bersama keluarga atau pun kalau tidak, pergi berbulan madu bersama MJJ. Untuk di Villa MJjana ini adalah percubaan pertama menanam bunga hydrangeas. 

30052018 : Liyana ke UIA .... muktamad

Image
30052018 : Liyana ke UIA .... muktama d Semalam seharian mencari pro n con... samada meneruskan belajar setahun di Matrik dan kemudian melanjutkan ke peringkat ijazah ke mana-mana universiti di bidang pendidikan atau meneruskan asasi di UIA seterusnya menyambung ijazah pendidikan dalam bidang ekonomi dan pentadbiran. Akhirnya setelah mendapat nasihat dan input daripada beberapa orang yang berpengalaman dalam bidang masing-masing, Liyana telah membuat keputusan untuk berhenti daripada Matrik dan memilih UIA untuk pengajian di peringkat universiti. Waima nak jadi apapun, yang penting ada pengetahuan dalam segala bidang agama, ekonomi dan kehidupan di dunia dan persiapan di akhirat. Ibu, ayah dan keluarga sentiasa merestui dan mendoakan yang terbaik. Semoga menjadi anak yang berjaya dengan cemerlang di dunia dan diakhirat.

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

Image
 29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah Daripada enam pokok mempelam yang ditanam 15 tahun lalu di tapak asal Villa MJJana, lima pokok telah ditebang. Sepokok ditinggalkan sebagai tempat berteduh pekerja-pekerja kontrak semasa pembinaan Villa MJJana. Semasa itu difikirkan sekiranya kedudukannya mengganggu pembuatan pagar, ia akan ditebang kemudian dan dijadikan landscape. Walau bagaimanapun pokok tunggal di lot itu seolah-olah memohon belas kasihan agar jangan ditebang.  Selama 5 tahun pokok-pokok mempelam itu banyak berjasa dan mengeluarkan hasil dan telah banyak sama-sama dinikmati oleh sahabat handar, jiran tetangga dan rakan-rakan sepejabat sewaktu kami bekerja dahulu. Pokok tunggal di penjuru sudut hujung antara kulon dan lor sentiasa mengeluarkan buah yang lebat, besar di mana isinya cukup lemak semasa muda.  Apabila masak, benar-benar manis dan puas memakannya setanding dengan jenis harummanis. Semasa pembinaan pagar yang jaraknya 10 kami dari batang pokok, m

28052018 : Zara yang ciwek

Image
28052018 : Zara yang ciwek Update status dalam WA family MJJana hari ini ialah gelagat Zara yang enggan di letakkan di car sit.  si Mummy nak jemput Ammar balik dari Tadika. Kesihan juga mummy dia. Memang kena banyak bersabar dan jerit tangisannya sudah bagaikan alunan muzik kehidupan harian apabila ada yang tidak kena pada Zara. Pak kal jauh, kalau dekat bolehlah juga saya membantu apa yang patut. Semoga Zara cepat jalan kerana dahulu Ammar pun begitu, once dapat jalan, hilang sikit ciweknya. Inilah yang dikatakan ciwek.... antara foto Zara ciwek ini ketika situasi gembira...

27052018 : Berbuka Puasa di Matrikulasi Jugra (KMS)

Image
27052018 : Berbuka Puasa di Matrikulasi Jugra (KMS) 27052018 : Berbuka Puasa di Matrikulasi Jugra (KMS)

26052018 : Solat Tasbih dan Tadarus Perdana

Image
26052018 : Solat Tasbih dan Tadarus Perdana

25052018 : my leisure garden lagi

Image
#togethertilljannah 25052018 : my leisure garden lagi Untuk kesekian kali, mulai hari ini kehidupan kembali seperti biasa. My humble yet leisure garden di Vila MJJana lama tidak dibelai. Alhamdulillah dengan bantuan pembantu, tanaman kelihatan subur dan ikan semakin membesar. Hujan pula mula membasahi bumi dan rumput sama naik dengan pokok. Segalanya menjadi teraphy positif diri ini. Semoga kehidupan terus ceria dan sihat seperti dedaunan dan bunga-bungaan ciptaan Ilahi  pelbagai warna yang beditu ceria dan segar.