Posts

Showing posts from January, 2018

31012018: Simpulan Kasih di Pantai Timur

Image
31012018: Simpulan Kasih di Pantai Timur Alhamdulillah terubat rindu berjumpa anak cucu.  Syukur Ya Ilahi. #togethertilljannah memulakan perjalanan family bonding daripada Kuala Krai ke pantai timur Singgah di rumah Rahmat dan Tia di Machang Ziarah Kak Ani dan keluarga, kakak Hj. Shafie yang baru kehilangan suami tercinta Hj. Kamaruzaman, cancer usus bersama adik ipar Hj.Shafie, jiran Kak Ani Takziah Che Su atas pemergian ayah tercinta di Spain Thanx Che Su, layan kami walau pun seketika Terima kasih, Yah, bg pihak besan, tidur di Hotel Suri berjumpa anak saudara, Hisham, lain kali kita penuhi undangan Hisey ke rumah ye bersarapan sebelah Jabatan Bomba Kota Bharu terkesima dengan passion besan, Dr.Zahari, semoga Hotel Suri terus cemerlang sempat singgah di Mama Dental Kota Bharu till we meet again, love u all 

30012018: Nona Zara di rumah besan

Image
#togethertilljannah Selepas 5 bulan berkunjung ke Jerteh, semalam sempat kami, MJJ, Hafiz dan Liyana singgah menziarahi besan di Jerteh. Alhamdulillah seperti biasa, kunjungan kami disambut dengan senyuman kegembiraan sepasang besan.  Dr Sapiah yang tidak lekang dan tidak boleh dipisahkan dengan senyuman dan gelak keramatnya. Dalam hidup saya, beliau merupakan orang pertama yang saya jumpa mempunyai karaktor yang sentiasa ceria apabila bersama tetamu dan pelanggan tentunya serta kata-kata motivasi keramatnya.  Tidak hairanlah beliau dapat mengekalkan pelanggan tetapnya di Dr.Sapiah Medical Center Jerteh yang sentiasa setia dan ini merupakan salah satu factor beliau masih bertahan meneruskan kerjayanya.  Saya juga merasakan senyuman keramat beliau juga yang pernah menyimpul ikatan cinta Dr. Zahari, suami beliau yang begitu (sempoi).  Sempoi di sini bermaksud, walaupun pernah manyandang jawatan sebagai mantan Pengarah di Hospital Pasir Putih, beliau gamble meletakkan jawatan

29012018: UiTM Dungun menggamit kenangan

Image
29012018: UiTM Dungun menggamit kenangan Terengganu mengembalikan nostalgia tahun 1981.  Setahun berstatus pelajar di UiTM Dungun sedikit sebanyak berpeluang mempelajari budaya masyarakat pantai timur. Sewaktu itu hanya segelintir kecil pelajar dalam kursus PreDiploma Art & Design yang berhijab.  Itu pun fesyen tudung ikat belakang atau yang masih tidak mengikut syarak sebenar kerana kejahilan manusia termasuk diri ini.  Amat berbeza dengan zaman sekarang.   Kebanyakan gadis seawal kanak-kanak yang beragama Islam, telah sedar hukum hakam agama dengan berhijab. Kalau ada yang belum berhijab di khalayak ramai, agak pelik pada pandangan mata. Alhamdulillah percubaan berhijab sepanjang di UiTM Dungun dahulu mengajar saya untuk mendekati agama dengan lebih mendalam. Tambah lagi di sebuah kawasan di bawah pemerintahan kerajaan PAS yang semasa itu dipimpin  Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.  singgah melawat rumah anak yatim balik dari kuliah Us. Hadi