25122018 : Keluarga Zamri balik ke K.Krai dan ke rumah Anis Perjalanan yang tidak dirancang. Dengan menaiki MRT yang hanya memerlukan beberapa station ke Mytown. Memang tidak terfikir untuk berjalan-jalan ke Mytown yang dikatakan terletak bersebelahan IKEA Cheras. Atas pujukan Liyana dan anak-anak, teruja juga untuk menggunakan perkhidmatan MRT. Hebat juga perkhidmatannya, hampir setaraf yang pernah saya naiki di Jepun dan UK. Malah ia mengunakan peralatan yang lebih canggih. Di Malam Krismas, kami memilih beberapa hadiah untuk MJJ yang bakal menyambut usia ke 64 tahun seminggu lagi. Keesokan harinya menikmati roti canai tidak jauh dari Sevila dan terjumpa Azizah London yang kini berniaga pelbagai makanan di kawasan berdekatan rumah beliau. Petang semalam juga ke rumah Anis di Hulu Langat. Rumah agam yang cantik tersergam indah tidak jauh dari IKBN Hulu Langat dikhabarkan akan dijual dengan harga seminoma RM2ju...