29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah Daripada enam pokok mempelam yang ditanam 15 tahun lalu di tapak asal Villa MJJana, lima pokok telah ditebang. Sepokok ditinggalkan sebagai tempat berteduh pekerja-pekerja kontrak semasa pembinaan Villa MJJana. Semasa itu difikirkan sekiranya kedudukannya mengganggu pembuatan pagar, ia akan ditebang kemudian dan dijadikan landscape. Walau bagaimanapun pokok tunggal di lot itu seolah-olah memohon belas kasihan agar jangan ditebang. Selama 5 tahun pokok-pokok mempelam itu banyak berjasa dan mengeluarkan hasil dan telah banyak sama-sama dinikmati oleh sahabat handar, jiran tetangga dan rakan-rakan sepejabat sewaktu kami bekerja dahulu. Pokok tunggal di penjuru sudut hujung antara kulon dan lor sentiasa mengeluarkan buah yang lebat, besar di mana isinya cukup lemak semasa muda. Apabila masak, benar-benar manis dan puas memakannya setanding dengan jenis harummanis. Semasa pembinaan pagar yang jaraknya 10 kami dari b...
#togethertilljannah #mjjana 01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja 40 tahun masa berlalu. Taman SPPK Segambut nama dahulu Kini dinamakan DutaMas Seroja Rumah yang banyak meninggalkan kenangan. Hari ini kami bertandang melihat rumah pertama yang dibeli dan seterusnya didiami selama 10 tahun. Rumah yang penuh pelbagai kenangan pahit manis. Ketika itu empat orang anak dibesarkan. Hakimah, Syafiq, Hafiz dan Hazim. Tiga bulan sebelum berpindah ke Bandar Baru Bangi, Liyana dilahirkan dengan penuh dugaan. Rumah yang dahulunya menjadi sebuah rumah yang kelihatan mewah dikelilingi hutan belantara dan bukit bukau, kini dikelilingi bangunan tinggi kondo dan sekolah serta quarters kerajaan. Malah jalan ke sana pun sudah dinaiktaraf. Tidak seperti satu ketika dahulu jalan High Chaprail. 30 tahun rumah itu disewakan setelah kami berpindah. Jiran sebelah rumah yang pemilikny...
26012018: Kampung Endah dahulu mundur, kini maju menarik dan menguntungkan #togethertilljannah Sejarah kewujudan Kampung Endah Kampung Endah wujud hasil daripada rancangan Briggs dalam mengatasi ancaman Pengganas Komunis semasa darurat 1948-1960 dengan memindahkan penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan berselerak ke kawasan penempatan baru yang tersusun dan terkawal. Generasi pertama merupakan penduduk yg dipindahkan dari kampung Ladang Batu, Ladang Lor dan Kampung Delek berjumlah 100 keluarga ke perkampungan tersusun dengan keluasan tanah setengah ekar satu lot untuk satu keluarga sekitar tahun 1952. Nama Kampung diambil sempena perpindahan tersebut, Kampung Pindah yang kemudiannya disebut Kampung Endah . Generasi pertama kebanyakannya berketurunan dari Kebumen, Jawa Tengah telah berhijrah ke Tanah Melayu sebelum kedatangan Jepun 1941. Mereka kebanyakannya berkahwin dalam kalangan saudaramara, seketurunan sesama sekampung atau dari kampung-kampung yg berhamp...
Comments
Post a Comment