08122018: mitoni Nurul Husna dan khatam alquran anak Cik Hafsah





08122018: mitoni Nurul Husna dan khatam alquran anak Cik Hafsah

Kami memenuhi jemputan anak saudara ke majlis MITONI di Jalan Jering, Kg. Endah.Semasa arwah orang tua saya masih hidup dahulu, MITONI kerap diadakan apabila anak-anak mengandung dan usia kandungan mencapai tujuh bulan.  Sesetengah orang memanggilnya lenggang perut. 

Antara juadah yang turut disediakan ialah jajan pasar termasuk lepat. Menurut arwah ayah mertua, agar anak yang bakal lahir suka makan jajan tersebut. Wallahualam.



Tahniah Nurul Husna yang mengandung buat kali kedua setelah keguguran kandungan pertama di usia 3 bulan kandungan beberapa tahun dahulu.  Semoga dipermudahkan urusannya sehingga saat kelahiran. Dapat bersua muka dan bekenalan dengan pembuat mee kari yang sedap, Aziah.  InsyaAllah akan menempahnya untuk majlis akan datang.


Pada malam harinya pula, saya berkesempatan menghadiri  majlis khatam AlQuran anak Cikgu Hapsah di Indah Perdana bersama-sama kumpulan Nur Indah Perdana. Alhamdulillah dapat berjumpa kawan-kawan marhaban setelah hampir dua bulan tidak berjumpa kerana kesebokan pelbagai urusan dan berada di luar kawasan sehingga tidak dapat menghadiri banyak majlis anjuran mereka.
















Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

01012019 : Taman SPPK Segambut kini DutaMas Seroja

26012018: Kampung Endah dahulu mundur, kini maju menarik dan menguntungkan